Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 19 Mac 2014

Kira bagi ‘signal’ tu dah ok la ??

 

Terbakar jiwa raga aku memandu di waktu kemuncak .. Aku boleh cepat tua dari usia sebenar kalau begini. Sewaktu aku guna pengangkutan awam dulu , aku rasa aku muda senantiasa .. Walaupun terpaksa berdiri , aku tak kisah..

Sejak memandu ni laaa aku jadi mudah stress.. Stress benar dengan sikap pemandu yang terlalu mementingkan diri sendiri ! Apa dia ingat dia je ada keluarga ? Apa dia ingat bos dia je reti nak marah ? Apa dia ingat , dia je nak tercirit ?????

Dua sikap ni , mmg kerap jumpa di jalan raya. Yang paling kerap , berat sungguh nak bagi ‘signal’ bila nak masuk laluan orang atau nak masuk lorong ! Memang benar la kita kena berada jauh dari kereta depan tapi kalau kena yang dok leka atau dah kepenatan .. tak ke terkejut beruk bila tetiba ada pemandu main celah atau main masuk je depan dia tanpa bagi sebarang tanda isyarat ??? Kang berdentum , dah satu masalah ! Elok elok boleh balik awal , tak pasal pasal tengah malam baru sampai rumah !

Satu lagi perangai yang semakin kerap jumpa ialah .. Dia nak masuk laluan kita , dia bagi signal pastu terus masuk ! Ehhhh .. Dia ingat jarak kereta tu sebatu ? Atau paling tidak pun , sebuah kereta la jaraknya.. Ni tidakkkk.. betul betul depan kita ! Dia nak celah tu sbb nak lari dari laluan dia yang sedang jammed tu ! Boleh tak sabar ???

Geram aihhh.. Tak pasal pasal muka aku tambah kedut setahun punya usia dah ! Kan dah kelihatan seperti usia 22 tahun.. Haihh.. Elok elok orang dok puji kata macam 20 tahun skang ni.. Hurmm..

Tolong la yer.. tolonggg laa.. tolong memandu seperti nak hidup hingga 30 tahun lagi .. Jangan memandu seolah olah nak ajak mati beramai ramai ! Iskh…

3 komen :

Ezad Skytech berkata... [Reply to comment]

sy da banyak kali kena macam ni..malah hampir eksiden pun ada...tengah2 jammed pun sibuk nak tukar laluan...nak ke mana ? masuk kanan kiri semua laluan tak boleh bergerak...

bila da jammed, kereta tersangkut di tengah2 jalan...da menyusahkan orang lain...tak bagi sginal satu hal, yang bagi signal pun terus tukar laluan..kan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna yang lain...bukan dia seorang je yang terperangkap dalam jammed kan...fikir la sikit...adehhh...

akuzle ayu berkata... [Reply to comment]

Depa ada 9 nyawa kots Ben..

Fathiyah Selamat berkata... [Reply to comment]

memang ramai pemandu yang macam ni. baik yang memandu kereta mahupun yang bawak moto. same je. kalau yang memandu tu kalau nk tukar line tak bagi signal. dah membahayakan orang lain terutama yang menunggang motor. kita yang bawak motor ni bukannya boleh tau kereta kat depan tu nak ke mana. saya dah banyak kali kena macam ni. hampir2 terlanggar kereta2 yang kurang ajar macam ni. diorang ni dapat lessen cm ne? lessen terbang ke?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI