Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 8 Julai 2014

Kala Jengking vs Pereka Fesyen !

 

Terasa nak terjun dari KLCC je bila dengar kenyataan dari wife aku ! Macam tak percaya ! Dia ni bukanlah kaki dok baca buku fesyen atau layan rancangan hiburan melainkan drama yang dah dia terjebak tengok petang petang tu..

Bila dia kenal pereka fesyen tempatan dari kala jengking , rasa macam nak kena overhaul balik je famili aku ni ..Hahaha.. Adeh ! Kala jengking tak kenal tapi pereka fesyen , dia tengok sipi sipi dari belakang pon dia dah kenal ! Huk alohh…

Cerita apa ni ? Gini ceritanya.. Semalam singgah isi petrol kat Shell BTP, Cheras.

Pastu aku ternampak la sebuah kereta Mercedes putih berenti berhampiran .. Aku pandang lelaki yang keluar dari kereta tu.. Kenal ! Tapi terkejut gak la sebenarnya. Takkan dia ni bawak kereta ni kot ? Perghh … Dasat ! Patut la mampu guna gym instructor yang mahal harganya tapi berbaloi la..

Kemudian aku bersuara kat wife ..


" Nampak tak kereta Merc putih tu..Nak tgk owner dia tak ?? Tuuu .. kt dlm tu..halus kecik je.. Sempoi.. Dia member kt gym..Kenal gitu gitu je la..".

Aku bgtau kt wife sewaktu kereta aku melintasi kereta Merc putih yg besar tuu..


Wife berpaling dan terus menjawab..


" Eh , Macam Rizman Ruzaini jer . Dia la byk reka baju utk artis popular kita.."


" Haaa laa.. Dia ada  intructor gym .. Sejam RM150 wooo . Hari tu ada la borak ngan instructor tu .. dia bgtau salalh seorang client dia pereka fesyen.. Manaaaa laa abg kenall sapa Riezman tu..

Keesokkan hari tu , ada la si Rizman ni .. Gi je la berborak gitu dan cerita pasal blog..  Dia diam je la.. Senyum senyum gitu je .. Kiranya takde la berlagak .. Nampak low profile abis ! ".

 

Pastu wife aku sambung cerita pasal fesyen yang dia pernah buat.. Maka tak hairan la dia boleh bawak kereta mewah gitu.. Aku geleng kepala jer !

Apasal aku leh tak kenal ha ????

3 komen :

ArELeEz berkata... [Reply to comment]

oo.. rizman ruzaini ni byk wat baju utk ziana zain, erra fazira, tok t.. pendek kata yg meletop2 lah! eh, t'mengenali diorang pulak..! ;P

mama ka0ri berkata... [Reply to comment]

haha...dah terbalik..pereka fesyen yg tgk sipi2 tu pon boleh kenal..kala jengking yg tgk terang2 tu boleh tak kenal..haha

lawak la wife abg ben..kem slm kat dia!

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

cerita yg menarik pada hari ini....kelakar tp ada pengajarannya

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI