Kalau nak pulang beraya di kampung !

by - Khamis, Julai 24, 2014

 

Alhamdulillah.. Sampai dah di kampung wife. Aku terpaksa batalkan puasa aku. Lagi pun aku musafir. Terpaksa sbb aku memandu jauh. Dengan cuaca yang panas , kereta yang banyak .. aku perlukan air utk memastikan segalanya berjalan lancar ! Aku tak biasa jalan jauh ketika puasa.. Ada yang biasa .. Tidak bagi aku. Nanti kena ganti semula.

Haa.. tadi ! Nak diceritakan , tadi ada la sebijik kereta Myvi berwarna purple.. Sangatlah kurang ajarnya cara dia memandu ! Apa yang dia lakukan mampu membuatkan 3 bijik kenderaan mengalami kemalangan !

Bayangkan dia datang dari belakang kereta aku pastu terus memotong aku di sebelah kanan tanpa dia perasan ada lori dari arah bertentangan !

Aku dah nampak apa yang akan dia lakukan sekiranya lori tu betul betul berdepan dengan dia  iaitu terus menghimpit aku ! Tapi aku dah standby !! Aku perlahankan kereta dan biarkan dia masuk seterusnya aku bagi hon kuat kuat ! Segalanya berlaku dalam tempoh 5 saat !!

Kemudian aku kejar dan amik gambar kereta tu ! Hurmmm .. Aku ingatkan dia serik ! Rupanya , dia terus bersikap demikian di kala kereta dok beratur nak potong lori ! Hurmmmm …

Photo

Tolonglah berhati hati .. Kalau rasa tak nak hidup lama , pastikan anda tidak melibatkan orang lain !

You May Also Like

5 comments

  1. nak tunjuk terer atas jalan raya la tu.. pemandu2 kat malaysia ni mmg ramai yg tidak beretika. Kalau orang luar tgk buat malu je..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah selamat sampai ke destinasi...Sikap pentingkan diri dan tiada etika pemanduan bagi myvi tu..

    BalasPadam
  3. Betul...nak dekat2 raya ni orang makin mental kot. geram sebab terkena jugak!

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah en. Ben sekeluarga selamat sampai...
    Semalam masa kami otw balik Kelantan pun camtu gak, ada kereta potong secara melulu. Nyaris2 berlanggar dengan lori. Alhamdulillah dia sempat elak...
    Apa2 pun, Salam 'Idul Fitri buat a. Ben & isteri serta Qhaliff yang comel dan Zahra yang cute :)

    BalasPadam