Keluar beraya akhirnya !

by - Rabu, Julai 30, 2014

 

Rumah pertama .. Gi umah pakcik wife aku yang aku panggilnya , Pokcik Ka dan Mokcik Ma .. Heeee .. Lega Qhaliff ! Seharian terkurung di rumah semalam , akhirnya dapat jugak keluar ..

Tapi bila dah keluar .. dia pulak wat hal.. mengantuk sokmo !!

Photo: Ngantuk..

Tapi bila sepupu dia sampai , dia automatik kembali cergas ! Aiyokkkk .. Bila dia dah kembali cergas , aku pulak jadi tegas ! Risau la asyik main pastu terjatuh kat meja kopi tu kee.. Kaca tuuu.. Haish…

Lepas raya kat situ , gi pulak umah abang ipar di Besut , Terengganu. Tak jauh mana pon dari Kok Lanas .. Aku suka gi area sini.. Kawasan padi ! Aku tak sempat nak turun bergambar lagi kat sini .. Hurmm .. Cuma tadi lepas solat Asar , aku lari jap ke bendang berhampiran dan .. selfie !!

Ada satu tempat tadi , mmg cantik gile laaa Tapi jauh aku nak menapak gi ke situ ! Tengok jam pun dah hampir ke Maghrib. Lain kali je laa..

Aktiviti sebelah malam .. BBQ ! Heeee…

Budak budak , seronok laa diorang ! Teringat aku sewaktu kecik dulu.. Hurm…

Sakan la diorang main.. Lepas main , gaduh.. Lepas tu berbaik semula .. Hahaha .. Sambung gaduh .. Nasib baik la ada pak su diorang yang sudi melayan..

Dan yang tua tua , gi membakar !

Memang seronok bila berkumpul ramai ramai gini .. Pastu ada aktiviti santai .. Budak budak pun main sampai nak pengsan.. Hahaha.. Nak tidurkan diorang , mmg senang dah pastu ..

Selesai aktiviti , terus balik Kok Lanas .. Hurm.. Selesai hari kedua .. Esok , aktiviti lebih mencabar ! Ikutkan , ada banyak plan .. tapi segalanya bergantung pada kul berapa aku bersiap ! Hahahaha ..

You May Also Like

1 comments