Logkan aktiviti anda dengan SONY SmartBand Swr10

 

Sewaktu aku menerima email untuk mereview produk ini , aku agak terpinga pinga .. bila pulak Sony keluarkan produk ni ? Hurm… Menarik ! Aku ingatkan Samsung je rajin keluarkan gadget gadget macam ni !

Aku google untuk cari info mengenai SmartBand Swr10 ni . Menarik ! Ramai dah yang buat review mengenainya . Tak sabar nak guna Smartband Swr10 !

Dan akhirnya , aku mula menggunakannya … Sebelum tu ! Kalau nak guna SmartBand Swr10 ni kena ada smartphone android KitKat 4.4 ! Aku dah cuba dengan yang lain.. Sememangnya tak boleh ! Nak lagi best , guna terus dengan Sony Xperia Z2 ! Memang gempak la penangannya . Nanti aku ceritakan kegempakkannya !

Sony SmartBand SWR10 inline

Talinya getah yang kalis air. Maknanya nak pakai dalam hujan pon ok.. Takde paparan skin kat atas ? Eh , tu gunanya smartphone kita ! Hehehe.. Segala paparan akan keluar kat sana !

Ok.. Untuk apa smartband ni ? Tujuan utamanya adalah untuk logkan aktiviti harian kita ! Contoh dari pukul berapa kita tidur.. Apa kita buat sebelum tidur seperti berjalan , berjogging , berlari atau habiskan masa dengan smartphone kita ! Segalanya direkodkan termasuk juga penggunaan kalori !! Heeee ..

Kalau pakai SmartBand ni 24 jam , kita akan nampak segalanya aktiviti kita terutamanya dengan handphone kita tu.Cam berapa lama dok berwhatsapp , layari internet , amik gambar dan sebagainya .

Best sangat ke sampai nak tidur pon direkodkannya ? Hehehe.. Best ! Nampak tak , berapa kalori kita diberitahu ketika kita tidur ? Ketepatannya ? Aku tak berani la nak bagitau ianya tepat 100% .. Tapi sekurangnya , ada juga jangkaan kan ?

Selain rekodkan aktiviti kita tu, ada banyak lagi kegunaan Smartband ni… Cam alarm , Find Phone ( jika kita tinggalkan phone kita tu dalam jarak tertentu , smartband ni akan bergetar ) .

Pada asalnya , aku nampak penggunaan SmartBand yang berhubung secara terus dengan smartphone akan menyebabkan kehausan bateri tetapi setelah disetting betul betul , ianya tidaklah hauskan sangat bateri smartphone.. Nak lagi jimat , lepas guna .. sign out. Nak pakai , log in semula.. Heeee..

Terus terang aku bagitau la yer.. Memula aku plan nak jual atau bagi kengkawan jer selepas aku buat review smartband ni .. tapi nampaknya .. aku dah terpikat dengannya ! Maaf la yer ! Aku nak pakai .. hheheheh …

5 ulasan:

  1. perghh bab gadget ni saya memang blur .. wooo

    BalasPadam
  2. menarik nya,, harga pun ehemmm,, msti menarik jugak :(

    BalasPadam
  3. wow..bestnya..tapi nak tnggu yg xiaomi punya.. dengaq kata x smpai rm50..

    BalasPadam
  4. klu nk wuduk mesti kena buka .. camna rekod aktiviti?

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009