Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 28 Julai 2014

Selamat Menyambut Aidifitri 2014 !

 

Alhamdulillah.. panjang umur aku .. Dapat sambut Aidilfitri kali ni bersama keluarga tercinta , keluarga aku , keluarga mertua  dan rakan rakan  tak kira di dunia realiti dan juga maya. Semuanya tetap rakan aku.

Untuk sekali lagi , aku menyambut Syawal kali ni Kok Lanas , Kelantan. Rasanya sejak kawin , sekali je aku sambut di Kuala Lumpur tapi aku tak kisah sbb sebulan berpuasa , di sana dan untuk adil , raya di sebelah wife .

Raya di Kelantan ni , terus terang .. mmg berbeza bagi aku. Kemeriahannya agak terasa sebab dari awal pagi hingga ke malam , orang tak putus putus datang. Kalau di KL , tak terasa gini sebab majoriti penduduknya , dah balik kg.. Nak kena tunggu seminggu dua baru meriah di KL ..

Keluarga aku lak , asal dari Pulau Pinang. Yang ada kat sana cumalah sanak saudara jer.. Atuk nenek dah lama arwah. Jadi , nak kumpul semua sekali memang payah laa .. InshaAllah satu hari nanti… Kena ada inisiatif untuk bertemu .. kalau tidak , mmg tak kenal saudara mara la jawabnya apatah lagi memasing dah ada anak cucu ..

Akhir kata .. Raya di zaman ni mmg mencabar ! Sebab masing masing dok pegang handphone ! Walaupun rakan ada depan mata , masing masing lebih gemar ‘berborak ‘ di internet !

Photo: Ingat yer.. Simpan handphone dan monopod tu..

Kan kan ? Hehehe.. Ingatlah .. hari yang penuh keindahan dan dinanti dengan penuh kesabaran , dihabiskan begitu saja dengan dok layan handphone !

Akhir kata .. pergh.. berapa kali akhir kata daaaa … Huhuh.. Ok ok.. Aku akhiri Ramadhan kali ini dengan ucapan Selamat Menyambut Syawal. Semoga Allah berkati amalan kita di Ramadhan yang lepas. Ampun maaf dari aku sekeluarga ..

Selamat Hari Raya Puasa.. aka AiDILfITrI !

4 komen :

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

hahha..datang rumah orng nak kutip duit raya dengan makan kuih raya..aumm..selamat hari raya abg ben

reenapple berkata... [Reply to comment]

Selamat hari raya Abang Ben. :D

nuriarif berkata... [Reply to comment]

selamat hari raya abang ben;-)

calrase adioyo berkata... [Reply to comment]

selamat hari raya aidilfitri brother ben

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI