Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 17 Julai 2014

Shopping baju raya di Komplek PKNS , Selangor !

 

Salah satu tempat yang aku tak sukaaaaa nak pergi sebab selalu jammed dan ramai sangat orang ! Kali ni aku nak pergi jugak sebab aku dah tau kat mana nak parking mudah , masa bila tak ramai orang dan cuaca yang tenang.. mendung gitu ! Hehehhe ..

Lagi pun , Kompleks PKNS ni macam macam ada jual .. Jadi banya pilihan ! Ramai orang suka ke Jalan TAR .. bagi aku Jalan TAR tu best gi malam raya ! Hahahah.. Terasa kemeriahannya tapi sejak ada anak ni , aku tak nak gi sana ! Bahaya dan kesian kat anak anak ..

Ada banyak tempat parking kat kawasan ni .. Kalau nak mudah dan selesa , parking la kat SACC.. Rasanya tak mahal pon. Tadi aku parking dari jam 11 pagi hingga 3 petang , baru RM5. OK la kan ?

Pastu jalan kaki skit. Nak ke SACC Shopping Mall pon dah dekat.. Plaza Anggerik pon dekat.. Nak berbuka puasa , secara buffet pon ada haaa ..

Dan hala tuju hari ni ialah ke butik Hijrah Couture .. penaja baju raya untuk aku sekeluarga untuk 2 tahun berturut turut  .. Alhamdulillah.. Terima kasih.. Cantik cantik baju rekaan mereka .. Tak tau nak pilih mana ..

Akhirnya , kali ni wife kasi aku pilih warna aku nak.. Dan aku pilih ..

Aku suruh Qhaliff pakai.. dia tak nak .. Berlari sana sini dia .. Kelaparan la tuuu .. hehehehe .. Tak pe la.. tunggu raya nanti , kita pakai sedondon gitu eh ? Heee..

Ada yang tanya kat mana butik Hijrah Couture ni .. Senang jer .. Dari Kompleks Pkns tu , gi cari KFC.. Naik lif kat situ ke tingkat 1. Keluar lif , amik kiri hingga hujung pastu cari tanda ni ..

Tadaaaaa.. Sampai daah ! Nak selamat , nasihat aku gi hari biasa sebab hujung minggu , mmg penuh orang .. Dan buat masa sekarang , banyak dah size abis ni.. Tapi kalau nak redah cari pon , tak kisah .. Leh gi tengok kat FB  ( HIJRAH COUTURE ) atau web ( www.hijrahcouture.com  ) mereka dan cuba tanya dulu .. kot kot ada ke size yang dikehendaki ..

Harga ? Mampu beli punya.. InshaAllah .. Dan mereka akan keluarkan tudung serta shawl mereka nanti.. Heeee …

Selesai satu part .. nak cari baju anak anak lak .. Bapak ? tak yah la.. pakai apa yang ada.. kang kacak lak , ada yang terpikat.. hee..

WEB : http://hijrahcouture.com/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/HijrahCouture

TWITTER : hijrahcouture

8 komen :

Muhammad Khairuddin Lim berkata... [Reply to comment]

Cantik warna baju yang dipakai.

Sharinginfoz berkata... [Reply to comment]

cantik gak warna dua tona baju melayu tu

ummi aqilah (LM) berkata... [Reply to comment]

Wahh bagusnya mereka jual shawl siap2. Tak yah pening nk g carik tempat lain.

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata... [Reply to comment]

Abang ben minat merah hitam rupanya.. heheheh smart!

Xana Razak berkata... [Reply to comment]

abg ben, nak buat pembetulan sikit. seingat saya plaza alam sentral yang dekat kompleks pkns tu..plaza angsana tu kat johor

aida aidanisme berkata... [Reply to comment]

Plaza angsana ade kat shah alam?

Ben Ashaari berkata... [Reply to comment]

@Xana Razak plaza anggerik tak silap saya.. hee.. Terima kasih atas teguran.. dah betulkan

Ben Ashaari berkata... [Reply to comment]

@aida aidanisme bukan angsana.. anggerik.. kesilapan... Dah diperbetulkan..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI