Zahra Nur Iman dilarang keluar malam !

 

Hurm.. Asal balik je lepas Maghrib , mesti dia akan menangis teruk punya ! Kalau duduk rumah seharian , dia ok jer.. Lepas Maghrib , confirm lena je tidur ! Apakah sebab masih lagi baby ?

Berapa umur dia ? Lagi 6 hari , genap 2 bulan .. Hurm..

Photo

Semalam , gi berbuka umah mak aku.. Dalam kul 10 malam baru sampai umah aku gitu … Kalau dia tak leh balik lewat malam , bermakna pasni tak leh la gi sana dah ? Atau kena tidur sana je .. Pagi baru balik .. Hurmmm ..

Kalau dia menangis tak henti , apa aku buat ? Hurm.. Aku azankan kat telinga dia dan zikir di telinga dia .. Alhamdulillah , menjadi setakat ni .. Dengan izin Allah ..

Aku harap , nanti dah besar pon gini gak laa.. Tak leh keluar lewat malam ! Sebelum Maghrib , mesti ada rumah ! Kalau tak … daddy jadi IRON MAN ! Siap !!

8 ulasan:

  1. ben dulu anak-anak akak kalau lepas maghrib je kami pasangkan cd yaasin dalam kereta alhamdulillah...

    BalasPadam
  2. ben dulu anak-anak akak kalau lepas maghrib je kami pasangkan cd yaasin dalam kereta alhamdulillah...

    BalasPadam
  3. lawa rambut anak broo comei ;-)

    BalasPadam
  4. ironman versi daddy2. he3..

    BalasPadam
  5. ramai orng2 muda x ambik kisah ttg nasihat orng2 tua..kat sini pun melambak..contoh..kalau hampir senja..tutup pintu,baby jgn diletak depan muka pintu keluar waktu maghrib ,malam..tapi berapa ramai yg ikut,macam kes ni
    http://www.dramadunia.my/2014/02/seramanak-sharifah-menangis-tanpa-henti.html

    baru jap tadi akak gi kedai singer sharifah..masih berkunci..tak tahu apa lagi kisah baby dia...adakah sharifah masih tinggal kat mersing atau dah berpindah...

    dulu masa baby dia masih normal..dia selalu bawak baby dia ikut suami dia jalan2 naik teksi..balik jauh2 malam...tau je la jln kat Mersing macamana...kiri kanan penuh hutan,pokok kelapa sawit...

    Akak harap x de apa2 yg tak elok berlaku pada Zahra...maklum baby ni ada yang lemah semangat ,ada yang kuat semangat

    BalasPadam
  6. Saya duduk dengan mak, memang kalau anak masih kecik jangan harap dapat keluar malam atau balik malam. Sampai sekarang memang jarang keluar malam. Tapi kalau keluar siang balik malam tu adalah jugak..

    BalasPadam
  7. kalau dah anak dara balik lewat mlm mmg kena hambat le pon.

    BalasPadam
  8. bg maria sbnrnya baby nie time manghrib x elok bawak kuar. yela bby kan hijab dia tak tertutup sepenuhnya. pendapat maria je la :)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009