Aku dah kemaruk dengan nasi briyani kambing di Cafe Cerita Kambing, Shah Alam !

Banyak kali dah aku teringin nak ke Cafe Cerita Kambing, sejak mereka berpindah tempat dari Anggerik Mall. Tapi disebabkan aku tak beberapa gemar akan Shah Alam ni , maka aku hanya menanti masa saja untuk singgah makan. 

Apa yang membuatkan aku nak sangat singgah situ ialah disebabkan makanannya yang memang sedap belaka ! Aku tak tau la orang lain punya tekak camana tapi bagi aku , sememangnya nasi briyani Kambing di Cafe Cerita Kambing ni , power aaahh !

Dan semalam , seperti dijanjikan kepada wife dan adik ipar aku.. aku bawak semua ke sana walaupun ketika tu hari dah agak petang. Janji nak gi jam 2 petang tapi bengkel Videofon #KBBA9 abis lewat sedikit , makanya aku sampai di rumah mereka agak lewat. Heeee...

Terletak betul betul di sebelah Unisel, Seksyen 7 nun di Shah Alam , amatlah mudah mencarinya jika gunakan Waze... Search je Cafe Cerita Kambing dan pastikan alamat di Seksyen 7. Kalau ke sini waktu lunch atau makan malam.. amatlah berpuashati .... cam aku ! Huhuhuh... Berbaloi seharian kelaparan ! 









Ayam salai dia ! Fuhhh.... aku yang betul betul perlukan protein ketika tu , terasa berbaloi ahh ! Hahahahha... Nasi briyani dia , hurm.. tak tau nak cakap camana. Abis aku tambah berkali kali. Ke laut diet aku. Hahahaha.. 

Bukan calang calang tangan orang yang menyediakan makanan ni. Berpengalaman dalam bidangnya bukan sehari dua. Huhuhhh... Sebab tu sanggup gadaikan diet aku kali ni. Padahal dok bila gi review makanan kat hotel , aku menahan je tengok makanan. Tapi kali ni , gagal dah ! Rugi kalau tengok je. 

Satu dulang tu , 4 orang boleh makan. Harga baru RM45 ! Ada ayam dan daging. Set dulang seafood pon gitu gak. Wife aku yang sebelum ni kata Me'nate tu sedap giler , terus berubah pendapat dah. Sekarang dia kata kat sini lagi power.. dan paling penting , murah ! 



Aku pasti akan ke sini lagi ! Haaahaa.. aku tunjuk gambar makanan ni kat adik perempuan aku , terus dia ajak gi.. minggu ni gak ! Ditambah pulak bila tengok harga harganya. Murah aihhh ! Berbaloi baloi gitu.. 

Nasihat aku sebelum datang terutama kalau nak datang beramai ramai.. sila buat tempahan dulu. Parking mudah jer..  InshaAllah , untuk Ramadan nanti akan ada buffet ! 

Alamat : Kompleks Anjung 7 , Jalan Tungsten 7/23 , Shah Alam , Malaysia
Facebook : Cafe Cerita Kambing

**Isnin cuti. Hari lain buka dr jam 1130-2230. 


7 ulasan:

  1. WOW BESTNYAAAAAA
    SELAMAT PAGI ISNIN
    SINGGAH PAGI

    BalasPadam
  2. Dekat je nak pergi. Kitorg suami isteri peminat hidangan kambing. Kena cuba tgk kena tak dgn selera ni

    BalasPadam
  3. Assalam ...
    Menyelerakan, minggu ni turun Shah Alam aku nak cubalah! Aku nak sebut nama ko hahahaha

    BalasPadam
  4. wow sedapnya tgk kambing grill tu

    BalasPadam
  5. Best.. Saya suka menu kambing masala

    BalasPadam
  6. Sedapp.. Boh.

    Saya paling suka menu Kambing masak masala

    BalasPadam
  7. Wahhh menitik air liur tengok nasi tu. Wajib pi ni kalau sampai ke Shah Alam!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.