Kenapa aku suka pergi gym ? - BEN ASHAARI

Kenapa aku suka pergi gym ?

Teringat di Constant KipMall Kota Warisan kelmarin.. 

" U sudah 42 ka ? Tipu laa... nampak 30 lebih saja ? ". Tu diaa ! Ahli farmasi situ kata gitu kat aku. Aku senyum jer. 

" Rajin workout.. awet muda ! Hehehe... ". Aku jawab mudah jer. Dia angguk.



Ahaaa... bagi mereka yang rajin follow instagram aku , mereka pastinya tau akan rutin aku di gym. Kalau dah tayang gambar tu , maknanya kat gym la tu ! Apakah sebab aku nak tayang badan semata ? Hurmm.. sebenarnya gambar gitu memberi banyak impak pada rakan rakan di Instagram juga. Ada yang pm tanya tips dan cara malah memberi mereka motivasi untuk kembali ke gym....untuk jaga kesihatan ! 

Aku ada 3 sebab... 
  1. Jaga badan sebab aku blogger. Di Malaysia , influencer perlu ada penampilan yang kemas dan 'seksi' . Bab akal tu , nombor dua ! Heee.. Realiti ? Jangan tanya aku.. tanya followers anda !
  2. Kesihatan. Aku pernah disinggahi bacaan tekanan darah yang tinggi ! Boleh dikatakan tergolong dalam hypertension ! Tapi aku tak makan ubat. Apa yang aku buat , aku ubah gaya hidup. Pemakanan dititikberatkan dan banyakkan senaman. Pastu mental kena stabil. Elakkan stress dan chill selalu ! Heee..
  3. Berkaitan dengan kesihatan juga... di gym aku banyaaaakkkk sangat minum air putih ! Boleh berbotol botol ! Haaaa... Memang akan kelihatan boroi semacam jer tapi aku pedulik apaa... aku punya peluh meleleh leleh keluar ! Maka sebab tu kena ganti balik untuk elakkan aku dari dapat hidrasi atau kurang air ! Bahaya wooo. Kalau aku tak pergi , memang susah la nak nampak minum air.. tak kira la air suam atau air manis. Tunggu dahaga baru nak minum. Tak bagus gitu ! 
Air sangat penting bila kita bersenam. Jangan sekat air ! Bahaya.

Masing masing kenal tubuh badan sendiri. Maka jangan perlekehkan bab air suam ni ! Sakit dan mati tu memang pasti tapi kita wajib jaga kesihatan tubuh badan kita. 



1 ulasan:

  1. Kalau dah mula workout memang payah nak stop, dah rasa serasi dengan badan kita. Sehari tak workout rasa lain!

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.