BEN ASHAARI



Lepas Maghrib , aku akan keluar ke gym. Workout dalam 2 jam gitu baru aku balik rumah. Tujuan aku , lebih pada kesihatan dan lepaskan segala penat dan stress di gym. Minggu lepas aku tak ke gym, terasa 'panas' semacam. Asyik nak angin jer ! Alhamdulillah , bila aku dah penat kat gym.. nak marah pun cam 'tak sampai' jer. Heee.. Dan satu lagi , nafsu makan. Kalau tak gi gym , fuh.... dasat giler la ! Takut tengok selera aku. Wife pun leh geleng kepala wooo..

Di gym , memang aku akan fokus abis abisan. Masuk dah mahal wooo.. RM10 sekali masuk. Kalau di Cheras , RM5 jer ! Tapi nak ulang alik Cheras , letih gak nak oii ! Kos petrol dan tol lagi. Kena bangun awal lagi.. terlalu awal kena bangun. Pastu nak drive dalam keadaan mengantuk lagi. Ok tak alasan aku nak gi gym tu ? Hahahaha.. 

Dan setiap kali di gym..Aku pastikan aku bawa Deep Heat Lotion yang aku beli dari Cosmoderm. Hanyak dijual secara online jer. Kenapa aku bawak ? Sebabnya aku akan tau.. bila aku angkat berat , pinggang dan bahu akan terasa sengal. Pastu aku perlu bersedia jika aku fokus pada bahagian belakang dan leher ! 

Jika tak betul cara aku... belikat akan sakit dan seterusnya leher akan terkesan. Maka terpaksa berjalan seperti robot ! Sakitnya , fuhh.. Memang tak leh citer la. Nak tidur pun payah. Bergerak apatah lagi. 



Maka gunanya Deep Heat Lotion tu ialah untuk melegakan kesakitan dan meregangkan otot otot yang tegang ! Aku akan sapu ketika terasa urat macam nak tergeliat gitu. atau selepas mandi ! Keringkan badan dan kemudian sapu di bahagian belakang , pinggang , bahu dan otot lengan. Kaki , peha dan betis pun akan aku sapu. 

Setakat ni , Alhamdulillah. Aku turut beri pada rakan sparring aku.. Bila dia mengadu sakit di bahagian pinggang, ketika workout. Aku pesan pada dia , sapu selepas mandi. InshaAllah , ok di pagi hari nanti. Dan dia buat. Alhamdulillah... dia bangun tidur dengan rasa selesa dan segar. Otot pun tak terasa kejang atau sakit seperti sebelum sebelum ni. Huhuh.. 

Dapatkan di www.cosmoderm.com.my. Sementara ada stok ! Cepat abis ni woo.

Bagus Deep Heat Lotion ni. Aku sapu juga kat perut. Ada yang cuba kata berkesan la untuk hilangkan seinci dua pinggang tu. Hahahaha.. Aku pakai sebab rasa selesa terutama bila bersenam fokus pada abs/perut.  Peluh tak hingat punya keluar ! Huhuh.. Puashati !

Dan setiap kali aku balik , Zahra pasti akan sambut aku. Kemudian mengayakan pada aku. Tunjuk otot lengan dia. 

" Strong ! Macam daddy. Ara makan egg tadi. ". Katanya. 

Ah, sudah ! Anak dara aku ni nak strong cam daddy. Yang si abang , tak nak lak. Nak hensem jer. Huhuh.. Jaga penampilan. Si adik , suruh makan nasi.. dia jawab apa tau ? 

" Ara tak nak nasi. Nanti gemuk. Nak egg jer. Strong ! ". Tanpa rasa bersalah dia kata gitu. Tapi bagus gak.. Aku tau fokus dia sekarang nak strong. Maka aku makan buah dan sayur depan dia. Tunjukkan kat dia, kalau nak strong , kena banyak makan sayur dan buah. Bukan egg jer ! Yer , dia ikut ! Huhuh... 

Jangan besar nanti , dia hanya usha abam abam sado sudah laa ! Huhuhu.. Oh ya , rajin rajin follow Facebook COSMODERM yer. Banyak promosi terkini yang berbaloi-baloi ! 
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Aku post satu gambar di gym semalam. Adakalanya aku gi jam 4 petang hingga 6 petang atau aku gi selepas Asar hingga jam 7 petang. Baru balik. Hehehehe.. Syok bakar lemak sebelum berbuka. Kalau lepas Terawikh , dah malas dah. Hahahaa... 

Ada yang tanya.. boleh tahan ke ? Ikutkan aku dulu.. memang tak tahan sebab aku dah biasa bawa air ke gym. Memang bergelen air putih aku telan. Peluh meleleh leleh kuar . Sebab tu perlukan air. Tapi bulan puasa ni , entah camana.. aku boleh tahan walaupun hampir 2 jam dalam gym dan agak berat corak senaman aku. 

Apa yang aku amik ketika bersahur ? Dan selepas berbuka ? Hehehee... Macam aku pernah cerita dulu , aku tak makan nasi ketika sahur dan berbuka. Aku cari alternatif lain untuk ganti nasi ketika berbuka dan untuk sahur aku amik Susu Kambing Lazz. Bagus wooo.. Kurang gula tapi nikmat bila cicah dengan biskut.. Rasa perut tak padat ! Aku tak nak dah padat padat perut ni. Terasa cam kerbau balau je aku ! Huhuhuh.. 




Pastu protein original aku amik... sebelum tu , aku minum Cinch Shaklee. Ini untuk support dan juga protien bagi otot. Dan juga recovery. Lutut aku yang sakit ari tu , makin ok ! Alhamdullillah. Terasa lega. Aku tak sangka part ni sebenarnya. Huhuh..

Waktu berbuka pun gitu gak... Cinch Shaklee dulu baru makan. Sebab tu aku makan skit jer. Perut dah penuh. Huhuhuh.. Berbuka tu , aku cari ayam atau ikan bakar. Kalau ada , memang rezeki aku. Kalau tak.. huhuh.. makan je la apa yang dah dimasak. Kang tak makan ,merajuk lak. Hahahah...



Alhamdulillah.. Aku cuma dahaga sedikit jer. Penat tu , takda langsung. Yang penting , lemak terbakar. Aku tak nak simpan lemak lemak ni dah. Hahahaha.. Tapi aku tak nak kurus sangat. Heheheee... Sado skit ok laa... Terlebih sado pon tak nak. Tak larat nak beli baju baru. hahaha..


Untuk produk Lazz Susu Kambing tu , korang boleh beli dan simpan buat stok di hari raya ! Jangan makan banyak. Jaga kesihatan tu. Makan , makan gak. Tapi beringat. Hehehehe... Boleh je beli secara online di http://www.lazzdelivery.com/ .

Dan Cinch Shaklee serta Perfomance tu dengan Ustaz Nizam. Pm je dia. Nanti dia balas. Cepat gak sampai ke tangan selepas order.  Tu yang penting.. hahahaa.. 


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Ketika aku tengok di Instagram NF Fitness , aku rasa t-shirt ni mesti sama je macam baju baju aku yang lain.  Maka aku tak amik kisah sangat la pasal t-shirt ni. Aku ada banyak t-shirt sukan yang tak dipakai di dalam almari baju aku. Tak tau nak letak mana. Nak ditambah beli baru lagi ? Hurm.. membebel orang rumah.

Tapi segalanya berubah bila tokeynya datang berjumpa dengan aku. Hehehhe... Dibuka beg dan bagi aku try satu satu. Aku pakai dan.. Wowww ! Terus rasa macam nak gi gym masa tu gak ! Hahahaha.. Aku sendiri tak sangka badan aku macam tu dah rupanya.. heeee.. ingat boroi lagi ! 





Buat baju raya ni best ! Bila gi beraya kena beringat.. jangan makan banyak ! Hahahaa.. Kain dia ? Sedap. Lembut dan sejuk je ni. Aku berphotoshoot tengah panas ni tapi tak berpeluh sebab kain dia yang best ! Kalau tak, biasanya dah menitis dah ni. 

Harganya ? RM50 termasuk pos. Ada banyak rekaan dan warna. Boleh check di Instagram NF Fitness.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Teringat di Constant KipMall Kota Warisan kelmarin.. 

" U sudah 42 ka ? Tipu laa... nampak 30 lebih saja ? ". Tu diaa ! Ahli farmasi situ kata gitu kat aku. Aku senyum jer. 

" Rajin workout.. awet muda ! Hehehe... ". Aku jawab mudah jer. Dia angguk.



Ahaaa... bagi mereka yang rajin follow instagram aku , mereka pastinya tau akan rutin aku di gym. Kalau dah tayang gambar tu , maknanya kat gym la tu ! Apakah sebab aku nak tayang badan semata ? Hurmm.. sebenarnya gambar gitu memberi banyak impak pada rakan rakan di Instagram juga. Ada yang pm tanya tips dan cara malah memberi mereka motivasi untuk kembali ke gym....untuk jaga kesihatan ! 

Aku ada 3 sebab... 
  1. Jaga badan sebab aku blogger. Di Malaysia , influencer perlu ada penampilan yang kemas dan 'seksi' . Bab akal tu , nombor dua ! Heee.. Realiti ? Jangan tanya aku.. tanya followers anda !
  2. Kesihatan. Aku pernah disinggahi bacaan tekanan darah yang tinggi ! Boleh dikatakan tergolong dalam hypertension ! Tapi aku tak makan ubat. Apa yang aku buat , aku ubah gaya hidup. Pemakanan dititikberatkan dan banyakkan senaman. Pastu mental kena stabil. Elakkan stress dan chill selalu ! Heee..
  3. Berkaitan dengan kesihatan juga... di gym aku banyaaaakkkk sangat minum air putih ! Boleh berbotol botol ! Haaaa... Memang akan kelihatan boroi semacam jer tapi aku pedulik apaa... aku punya peluh meleleh leleh keluar ! Maka sebab tu kena ganti balik untuk elakkan aku dari dapat hidrasi atau kurang air ! Bahaya wooo. Kalau aku tak pergi , memang susah la nak nampak minum air.. tak kira la air suam atau air manis. Tunggu dahaga baru nak minum. Tak bagus gitu ! 
Air sangat penting bila kita bersenam. Jangan sekat air ! Bahaya.

Masing masing kenal tubuh badan sendiri. Maka jangan perlekehkan bab air suam ni ! Sakit dan mati tu memang pasti tapi kita wajib jaga kesihatan tubuh badan kita. 



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Lambakan pelbagai produk di negara kita , membuatkan aku sering tertanya. Yang keluarkan produk ni , diorang sendiri amalkan ke tidak ? Bukanlah aku nak pertikaikan apa apa pun. Tapi selepas ada satu video kesihatan viral , aku makin risau lak dengan tahap pemakanan di negara kita ni.. 

Bayangkan.. jika sampai tertubuhnya Pusat Kanser Negara di Putrajaya tu , apa tandanya ? Takkan saja saja diorang buat kan ? Mesti bersebab ! Jangan sampai nanti ada pulak Pusat Buah Pinggang Negara dah laa...

Baru-baru ni , kenalan aku.. buat medical up. Antara yang jadi kerisauan ialah buah pinggangnya. Doktor dah keluarkan arahan dah tu ! Elakkan minuman 3 dalam 1 yang mana kandungan gulanya tinggi. Nasib baik aku lama dah berhenti minum minuman 3 dalam 1 ni. Kalau takda gula , aku minum. Kalau ada , aku terpaksa tolak tepi. 

Ada orang kata.. orang kata la... Ala , mati.. semua orang mati ! Makan jaga pun mati gak ! Kan ? Heee.. aku jawab mudah jer. Sekurangnya , kita elak dan jaga. Kalau dah nak sakit juga , itu sudah ketentuan Ilahi. Mati tu pasti ! Cuma sebaiknya.. elak la dari terdampar kat hospital !

Nak makan tu.. boleh.. sekali sekala je. Bukan hari hari melantak ! Gi la buat pemeriksaan. Jaga pemakanan dan yang paling penting.. banyakkan bersenam ! 


Jangan tunggu sakit , baru sibuk nak mencari sihat ! 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Dua minggu aku bekerja keras. Dengan bantuan C-Trimax dan Slimtriz serta Deep Heat Lotion Cosmoderm , aku berjaya menghilangkan boroi aku... Semua tu membantu tapi yang paling penting ialah senaman yang betul ! 

Setahun cuti.. macam macam lemak berkumpul di sana sini. Kerja keras diperlukan !

C-TriMax meningkatkan kembali metabolisma aku yang dah turun. Faktor umur. Hee.. 

Lotion..Aku sapu kat perut , leher.. bahagian yang banyak lemak. Membantu gak la.

Best ! Sapu kat otot.. pastu workout. Memang berdezup dia punya 'hangat' ! Selepas workout pun best pakai. Melegakan otot-otot.

Minum sebelum dan selepas workout. Tak nak terlalu kurus dan terlalu besar. Cinch Shaklee ni sangat sesuai untuk aku.

Dan hasilnya... 

Baru 2 minggu. Satu bulan untuk aku perlukan bagi memecah segala lemak yang ada. Pastu baru boleh bina kembali otot otot yang dah lembik. Heee...  Aku bukanlah nak masuk pertandingan pon atau nak tayang badan macho.Jauh sekali nak mengunyit.Giler ! 

Aku nak fokus pada jaga kesihatan jer. Bukan apa... aku ni ada darah tinggi. Keturunan aku ada diabetes. Aku lak dah 42 tahun. Nahh.... ni jer sukan yang aku ada buat masa sekarang. Nak berbasikal , kos satu hal. Bola sepak ? Sini tak da padang. Dah tu ? Takkan nak main layang layang lak kan ? 

Dan satu lagi... ni awek muda wo... Eh , awet ! Haaa... Peluh kaw kaw gini.. fuh , terasa lega sangat ! Puashati. 3 jam di gym. Satu jam kardio.. nak kembalikan fit ! Aku solat pon leh mengah sebelum ni.. tu belum naik tangga ! Tu pasal aku kena kembali ke gym.

3 bulan untuk bekerja keras dan berharap dapat kekal semangat di bulan puasa nanti ! Huhuh..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Sebulan yang lepas , di Sungkai. Menakutkan tengok badan aku tu. Huhuhuh.. Apa dah jadi ? Aku tak kisah pon berisi ke tak tapi bila solat tu , aku terasa mengah semacam ! Tu tandanya aku dah tak beberapa berstamina dan juga berisi di perut ! Heee.. bahaya gitu !

Apa yang patut aku buat ? Ok.. mula mula kita kena tau , badan kita ni camana ? Kes aku ni , aku tau badan aku ni punya metabolisme yang rendah sebab faktor usia. Kalau nak tingkatkan metabolisme ni , ada caranya. Tapi kos je la agak tinggi. Aku kena jaga dan amik pemakanan yang betul..

Atau guna 'bantuan' ! Yer.. fat burner. Ada macam macam jenis di pasaran dan tak semestinya semua sesuai dengan badan kita. Kena dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Bukan apa, ada fat burner membuatkan seseorang tu murung.. atau tekanan darah melonjak lagi tinggi ! Haaa... Maka , sila berhati hati ! 

Macam aku.. sekarang ni aku amik C-TriMax. Bahan yang digunakan pon selamat dan juga punya kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga ada pengiktirafan sijil HALAL. Bila ada kelulusan, nak guna pon tak takut.. heee... 

Apa itu C-TriMax ? Satu produk yang boleh membuang toksin dalam badan secara natural dan mencairkan lemak yang tertumpu pada semua anggota badan. Berfungsi seperti fat burner , jika disekalikan dengan senaman, kesannya lagi cepat dan lebih ketara. Pastikan pengambilan air mencukupi bila mengambil C-TriMax ni.Rasa dahaga akan kerap berlaku. Dan air turut memainkan peranan membantu mempercepatkan lagi pembakaran lemak. Sekurang-kurangnya 6 liter sehari.

'Formula Kurus Tanpa Berlapar' 



Gabungan buah Markisa dan Guarana yang punya banyak khasiat.

Guna sachet jer. Mudah nak bawa ke mana saja.

 GMP dan Halal !

 Mudah bancuh dan mudah dibawa ke mana mana saja terutama bila pergi kembara

Peluh meleleh-leleh ! Terasa puas bila bersenam. 

C-TriMax juga bertindak mengawal selera makan tapi tetap memberi tenaga. Ia juga dapat menghalang dari pembentukan lemak di bahagian bahagian tertentu. Sangat mudah nak bancuh C-TriMax ni. Guna air sejuk jer. Mudah larut dengan pantas ! Pastu terus minum jer. Pastikan amik selepas sarapan pagi. 

Aku baru guna tak sampai seminggu dan dah nampak hasilnya. Baju yang aku pakai di dalam gambar di atas , sebelum ni tak boleh pakai. Sendat dan ketat. Sekarang dah longgar. Hehehe.. Aku bukanlah nak jadi sado tapi aku lebih fokus pada kesihatan. Tu yang paling penting.. kan kan ? Dan tiada lagi 'pulau'.. bak kata Qhaliff, anak aku sorang tu ! Huhhhh... 

Untuk sebarang pertanyaan atau nak tau dengan lebih lanjut , boleh ke : 

Facebook  : C Trimax Malaysia
Instagram :  CTrimax
Telefon : +60 10-330 0886
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Sejak minggu lepas aku mulakan diet yang kira die hard gak la...lom tahap kill kill die die lagi...kalau diet tahap tu , aku rasa ramai merangkak g keje..hehehe

Diet ni bukan tak makan tapi lebih pada pengambilan makanan seimbang..cam aku buat ni bykkan makan oats , buah dan sayuran ..tapi tak dinafikan kadang kadang terlanjur gak bila dah dijemput lebih lebih lagi bila balik umah parents...kira makan lepas stim je la...jgn lak korang bantai makan lepas nafsu !! tu yang salah tu..abis semua pingggan korang gigit sebab lama tak dapat..hahahaha....

Ni sessi bergambar untuk permulaan 2010..untuk tahun 2009 , ramai tak cun badan...gemuk gemuk semua..termasuk aku..hahahha..so tahun aku nampak permulaan yang baik..ramai beria ria nak jadi pelakon bollywood...hahaha


Hehee..post wajib ni..tiap tiap tahun mesti ada ..

Brandon n Mark....gym ni gym 1MALAYSIA...
Yang pengting apa???? KERJASAMAAAA

Minggu ni abang ni lak kawin..adeh..tapi buat jauh aaarr..kat Raub...sori bang..tak dapek nak g sebab tolong adik ipar pindah..

Gaya Amitahb Bachan lepas belasah penjahat...hhahahah

Ady...ko tengok...pp aku tak tak tembam !! siap nampak tulang pp dah tuuuu...waaaa..

Cameraman sebenarnya nak amik gambar dumbell ni..mamat tu je poyo..

Dulu abe baju merah ni...berperut boroi...haaa..tak sampai dua bulan dah ilang perut..hehehe....skang dia pun dh mula diet..ahaks..go ACU go..
waaaaa...meriahh beb
Biar kurus dulu..tunggu laaaa...

Superman pun g gym ????? CLARK KENT ??? CHRISTOPHER REEVES ?

YESSSS...satu post dari abe abe berbadan raksasa ...tunggu otomen datang ekkk
Lerrr..otomen bersantai kat sini...patut raksasa rileks je kat belakang tuuu..waaa..bergembira merekaaa
"Ben !!..tolong aku..tak larat niiiiii " ..

" sat laaa..nak cover perut niii "


Berat sama dijinjing ....besar biar sama sama besar !


Ni ramai lagi tak datang..lepas maghrib , baru penuh...sehari leh ada dalam 30-60 orang ...dibuka dari kul 6 petang hingga 10 malam...masuk sekali , RM4...Hehehe..murah niiii



ONE BIG HAPPY FAMILY !!!!!! 1 MALAYSIA !!!!
GO BIONIC GYM GOOOOOOOO
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes