Buah pinggang kita dalam bahaya !

by - Isnin, Februari 05, 2018

Lambakan pelbagai produk di negara kita , membuatkan aku sering tertanya. Yang keluarkan produk ni , diorang sendiri amalkan ke tidak ? Bukanlah aku nak pertikaikan apa apa pun. Tapi selepas ada satu video kesihatan viral , aku makin risau lak dengan tahap pemakanan di negara kita ni.. 

Bayangkan.. jika sampai tertubuhnya Pusat Kanser Negara di Putrajaya tu , apa tandanya ? Takkan saja saja diorang buat kan ? Mesti bersebab ! Jangan sampai nanti ada pulak Pusat Buah Pinggang Negara dah laa...

Baru-baru ni , kenalan aku.. buat medical up. Antara yang jadi kerisauan ialah buah pinggangnya. Doktor dah keluarkan arahan dah tu ! Elakkan minuman 3 dalam 1 yang mana kandungan gulanya tinggi. Nasib baik aku lama dah berhenti minum minuman 3 dalam 1 ni. Kalau takda gula , aku minum. Kalau ada , aku terpaksa tolak tepi. 

Ada orang kata.. orang kata la... Ala , mati.. semua orang mati ! Makan jaga pun mati gak ! Kan ? Heee.. aku jawab mudah jer. Sekurangnya , kita elak dan jaga. Kalau dah nak sakit juga , itu sudah ketentuan Ilahi. Mati tu pasti ! Cuma sebaiknya.. elak la dari terdampar kat hospital !

Nak makan tu.. boleh.. sekali sekala je. Bukan hari hari melantak ! Gi la buat pemeriksaan. Jaga pemakanan dan yang paling penting.. banyakkan bersenam ! 


Jangan tunggu sakit , baru sibuk nak mencari sihat ! 

You May Also Like

4 comments

  1. saya pun dah lama tak minum 3in1..:)

    BalasPadam
  2. Samalah, saya pun 3in1 drinks ni mmg tak nak minum dah lepas ada doktor bgtau minuman 3in1 ni tak elok utk badan...

    BalasPadam
  3. Dah say no to 3 in 1. Pastu supplemen pun tak berani ambil macam²,amalkan VCO je sekarang.

    BalasPadam