Pendapat aku mengenai Sunway Putra Hotel , Kuala Lumpur.
Dulu aku bekerja di Kementerian Pelancongan Malaysia yang mana pejabatnya di bangunan Umno yang terletak di Jalan Putra , Kuala Lumpur. Di situ ada 3 bangunan yang sering jadi tumpuan ramai. PWTC , The Mall dan Legend Hotel. Ketika tu , tahun 2006. Selepas Kementerian Pelancongan Malaysia berpindah ke Putrajaya , aku tidak lagi 'bermain' di kawasan ni. Dan aku dapat tahu yang The Mall dan Legend Hotel dinaiktaraf.
Dan baru-baru ni, aku kembali ke sana. The Mall bertukar nama jadi Sunway Putra Mall manakala Legend Hotel ditukar nama Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Aku ke sini untuk merehatkan minda selepas penat bekerja.. jaga anak ! Heee.. nak rehat laaa woiiii ! Ingat tak penat keee ??
Aku sekeluarga ke sana. Dari Sepang , aku guna Waze je ke sini. Kalau malas nak drive , boleh je guna LRT. Sangat mudah untuk akses ke kawasan ni. Banyak pilihan sama sekali ! Tapi aku tetap nak memandu sebab banyak barang nak diusung. Heee..
Parking di tingkat 5. Ruang parking yang luas dan tidak menakutkan. Heeee... Kemudian naik ke tingkat 9. Lobi. Check in.Aku bagi Mykad. Dia bagitau... aku boleh ke private check in di tingkat 5... Club Lounge. Ok, dapat kad. Jom masuk ke bilik. Aku check in sorang je ni. Kang balik umah mak aku , baru amik anak anak.
Aku ke situ sebab ada kerja. Tu sebab aku check in awal. Pastu balik rumah dan jemput mereka. Malam , baru datang semula.. hehehee... takpe. Bukan selalu , kan ? Janji anak anak gembira dapat keluar dari rumah. Hahahaha..
Aku ke situ sebab ada kerja. Tu sebab aku check in awal. Pastu balik rumah dan jemput mereka. Malam , baru datang semula.. hehehee... takpe. Bukan selalu , kan ? Janji anak anak gembira dapat keluar dari rumah. Hahahaha..
Jenis Club Room , bilik aku.. Best !
Minta tambahan katil
Bilik... katil.. kebersihan.. tandas , aku berpuashati ! Permandangan tingkap ? Cantik dah bagi aku. Ok la dari mengadap dinding. Hahahaha...
Ok.. Ada 9 jenis bilik di Sunway Putra Hotel ni. Antaranya ialah Superior , Deluxe , Club Room , Club Suite , Family Room , Junior Suite, Classic Suite , 2 Bedroom Classic Suite dan Premier Suite. Paling besar ialah Premier Suite dan hanya ada satu je. Heeee...
Cantik-cantik wooo..
Ok.... settle bab bilik. Sekarang fasiliti yang ada kat sini. Gym yang boleh akses 24 jam. Menarik gymnya. Kira untuk aku , ok dah ! Kolam renang yang viewnya , superb ! Wifi percuma. Ada concierge , limosine , shuttle service ke pusat bandar . Haaaa dan bersambung dengan Sunway Putra Mall ! Fuh... puas laa bershopping !
Ok... kat sini sangat sesuai untuk buat majlis perkahwinan atau apa juga majlis termasuk juga mesyuarat mahupun perjumpaan seperti gathering dan sebagainya. 3 tingkat disediakan. Tingkat 9 ada 15 function room , tingkat 10 ada 3 dan tingkat atas sekali , 35 ada 1 function room.
Untuk menjamu selera pula... in room dining , 24 jam. Sarapan pagi aku di Coffee House. Sarapan pagi dia memang banyak pilihan la. Samada nak jaga makan atau tak nak jaga , pilihan ada di tangan. Hehehehe.. Makan tengahari atau makan malam, boleh cuba makanan Jepun di Gen Japanese Restaurant di tingkat 10.
Kalau nak yang rileks skit... boleh ke Atrium Lounge di tingkat 9 yang menyediakan pelbagai kek , coffee dan teh. Leh santai santai. Atau mereka yang bukan Islam , boleh cuba di Cherootz. Pasti suka punyalah.. hehehe...
Bagi mereka yang dari luar Kuala Lumpur dan tertanya tarikan yang ada di sekitar Sunway Putra Hotel selain dari Sunway Mall , mereka boleh ke Jalan Bukit Bintang , KLCC atau Sunway City yang jauhnya cumalah 25 minit je dari hotel. Haa.. Ada Sunway Lagoon. Heee..
Ok.. 3 hari 2 malam kat hotel ni. Aku benar benar dapat berehat. Blog pun tak nak update. Aku nak rehat betul betul. Bayangkan kul 5 pagi aku gi turun gym sorang sorang. Fuh... syok weh ! Pastu kul 6 pagi , kuar hotel gi cari makan. Haa.. saja jalan jalan sorang sorang.. Yang lain tidur lagi.. heee..
Ahad , jam 10 pagi. Aku check out. Urusan check in dan check out sangat mudah dan pantas. Huhuhu.. Terbaik ! Otak fresh ! Balik umah... rasa cam nak gi check in je lagi.. heheheh...inshaAllah ,akan kembali lagi ke sini..
Keseluruhan... hotel ni memang best bagi mereka yang gemar nak berjalan jalan. Segalanya di depan mata dan amat mudah ! Nak merasai suasana bandar , ni lah antara hotel yang sesuai. Kakitangan yang mesra juga adalah kelebihan hotel ini. Berapa bintang ? Aku kasi 4/5 bintang.
Keseluruhan... hotel ni memang best bagi mereka yang gemar nak berjalan jalan. Segalanya di depan mata dan amat mudah ! Nak merasai suasana bandar , ni lah antara hotel yang sesuai. Kakitangan yang mesra juga adalah kelebihan hotel ini. Berapa bintang ? Aku kasi 4/5 bintang.
Untuk maklumat lanjut , boleh rujuk di :
Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
100 Jalan Putra , 50350 Kuala Lumpur , Malaysia
Tel : +603 4040 9888
Fax : + 603 4043 0700
Email : spkl.reservation@sunwayhotels.com
Tempahan Terus : www.sunwayhotels.com
26 comments
Juju pernah menginap kat sini, best turun je dh shopping mall sebelah...kolam dia besar...seronok cuti2 dlm kl sekali sekala...dekat pun dekat.
BalasPadamcantiknyaaaaaaaaa
BalasPadam-dya mohamad-
Pernah iftar jer kat sini beberapa kali.. antara tmpt yg rekemen sgt... stay tak pernah lg tp tgk gmbar mcm menarik giler...
BalasPadamWah.... Gym dia punya view ngadap swimming pool asyik seyh..!! Hehee
BalasPadamCantik Sunway Putra Hotel ni. Sebelah ada shopping complex. Best!!
BalasPadamBilik cantik, makan pun nampak sedap tu..dan ada gym.tu aku suka..
BalasPadamwah..bestnya dapat rehatkan minda kat hotel..dekat ngn mall pulak tu lagi syokk
BalasPadamSunway Putra Hotel mmg terbaik bro.. Aku pernah 3, 4 kali stay situ masa ada urusan di HQ..
BalasPadamPernah masuk dalam salah satu bilik hotel ni, serius memang luas & selesa. Tapi takde peluang lagi nak menginap sana (sebab dekat gila dengan rumah) hahahaha... Tapi hotel ni memang nice gilerrr
BalasPadamPernah menginap di sini masa legend hotel. Dah upgrade blum try lg. Nmpk lg best ni
BalasPadamekslusif sangat.. bestnya. tak membosankan ada pemandangan. terimakasih sharing tau. dah rasa macam jejak sana dh ni..
BalasPadamLawanya tempat.. teringin haaaa 'rehat'!!! Penat kot! Huuu
BalasPadamrata2 orang cakap kat hotel ni makan sedap!
BalasPadamsunway putra mall pula, tempat fevret kami ;-))
bestnya view dekat hotel sunway ni
BalasPadamDulu masa hotel ni belum tukar nama, opis biasa buat kursus kat sini..sejak PR dah tukar, terus tak buat...ruginya..dah semakin cantik ni...hope ada PR yang dtg opis offer pakej murah kat opis ni.
BalasPadamBaru tau semua dah rebranding. Next stay perhaps
BalasPadamciku penah tido sini ngan famili tahun lepas dan iftar buka puasa..tmpt makan n shopping turun bawah aje..best.
BalasPadamCantiknya bilik. Tapi serious baru tau yang Sunway Putra Hotel tu dulu the Legend..haha
BalasPadambanyak fasiliti dia rupanya, nampak macam hanya sekadar hotel tapi ternyata ianya lebih
BalasPadamwow! thanks Ben sebab share post ni. Nanti kalau jenjalan ke sana bolehlah kami menginap kat sini.
BalasPadamSunway hotel memang terkenal dengan fasilitinya yang bagus, nak try juga lah
BalasPadamFuhhh eksklusifnya bilik² dia, pool pun best.
BalasPadamEkslusifnya bilik, cantik pulak tuh. Harap2 boleh cuba menginap disini juga :)
BalasPadamhttps://haruanpuyu3rasa.blogspot.com/
BalasPadamFuhh lawa gilaaaaaa
BalasPadamMmg terbaik hotel ni.. berbaloi2
BalasPadam