Perginya Azmil Mustapha...
Azmil Mustapa... pastinya korang dah baca mengenai pemergiannya semalam , kan ? Entah kenapa.. bila aku baca berita mengenainya , terasa nak menitis airmata ni. Teringat saat saat dia bergelar pelakon satu tika dulu. Di puncak kemasyuran , kemudian hilang. Kemudian muncul dengan imej yang lebih power dan padat !
Aku antara jutaan peminat dia satu tika dulu. Lakonan bersahaja dia terutama dalam Ali Setan memang best ! Gandingan dia dengan Ogy Ahmad Daud memang mantap dan kena. Banyak filem dia lakon dan semua best bagi aku. Hurmm..
Satu imej yang cukup dasat bagi aku ! Alhamdulillah.. Perubahan yang menakjubkan. Bila baca kisah kisahnya yang viral.. aku rasa cukup malu pada diri sendiri..
" Azmil Mustapha yang baru-baru ini diserang sakit jantung dan kemudiannya dibenarkan keluar hospital. Meskipun masih menjalani rawatan susulan di Hospital Serdang dan masih lemah, namun Azmil tetap menguatkan diri untuk ke surau berdekatan rumah adiknya untuk bersholat. "
"Alhamdulillah, Abang Azmil bangun #dan rasa lebih sihat dan bertenaga pagi ini. Dia bangun awal dan berkobar-kobar nak ikut saya pegi Surau untuk berjemaah Subuh. Saya cuak jugak nak bawak, but he said "I'm fine".
"Namun sebaik sahaja taslim, Abang Azmil dah tak larat duduk atas kerusi. Dia turun duduk atas lantai, dan kemudiannya terbaring. His breath was laboured and he looked in pain. We let him rest there for a while.
"Setelah semua jemaah pergi, tinggallah kami dua beradik dalam surau. Lebih 20 minit juga Abang Azmil cuba mendapatkan balik nafasnya dan tenaganya. Perlahan-lahan dia menghensot ke muka pintu Surau, dan sambung berehat di sana pula. Setelah 10 minit lagi, baru boleh dia bangun perlahan2 dan duduk atas wheelchair untuk perjalanan pulang ke rumah. "
Aku nak ikut jejak dia satu hari nanti... Aku malu sungguh melihat gambar ni ! Semoga Allah tempatkan arwah dikalangan mereka yang beriman dan soleh. Al-Fatehah.
Sumber cerita dan gambar : GempakViral2U
8 comments
Pelakon yang eyqa minati! Cerita Ali Setan tu paling eyqa ingat lakonannya. Al-fatihah..
BalasPadamInnalillahwainailahirojiun....
BalasPadamAl-Fatihah...
BalasPadamAllahu...Pengakhiran Khusnul Khatimah..Insha Allah
BalasPadamPengakhiran yg baik..in sha Allah
BalasPadamPengakhiran yg baik..in sha Allah
BalasPadamAlhamdulillah, moga dia ditempatkan dikalangan orang beriman.
BalasPadamAlfatihah...kita kehilangan sorang lagi orang yang baik..semoga roh arwah bersama org2 yg beriman...aminn
BalasPadam