Stress atau Tekanan Perasaan : Kementerian / Jabatan Kerajaan wajib pantau kakitangannya !

by - Selasa, Februari 27, 2018


Bila nak gi kerja jer , badan terus lemah ! Sapa gini ? Tu tandanya dia 'bermasalah' di tempat kerjanya! Yer , aku pernah alami. Kesannya , dalam seminggu mesti ada MC punya ! Dan lama kelamaan aku dapat penyakit tekanan darah tinggi peringkat hypertension ! Jangan main main yer dengan hypertension ni ! Boleh tumbang di mana mana saja tanpa kira masa gitu.. 

Puncanya ? Hurmm.. bebanan kerja ? Boss ? Rakan sekerja ? Gaji kecik ? 


Di sektor awam... ramai penjawat awam sedang alami masalah ni. Tak kira la apa pangkat sekali pun, mereka memendam rasa. Di mana mereka lepaskan ? Hurmm... ada anak anak jadi mangsa. Atau tahap pencapaian mereka mula merosot. 

Persoalannya ? Ada ke ketua jabatan amik tau semua ni ? Oh ya.. mereka sendiri pun sibuk ! Mana sempat nak amik tau hal hal orang bawahan. Yang penting , kerja siap ! Dan orang atasan dapat nama. Tu yang paling utama ! 

Tolong.. tolong sediakan dua tiga orang pakar kaunseling di setiap kementerian atau jabatan. Buatlah penilaian atau panggillah staff dan minta mereka lepaskan atau luahkan segala masalah mereka. Amik tindakan jika perlu seperti tukar ke bahagian lain... atau beri cuti. Jangan tunggu ada yang menggila di dalam pejabat , baru nak buat tindakan. Jangan tunggu dan lihat... 


You May Also Like

5 comments

  1. saya setuju dengan saranan sediakan pakar kaunseling di pejabat

    BalasPadam
  2. Setakat ni tak pernah lagi badan rasa lemah, gigih lagi demi mencari rezeki untuk anak². Tapi memang setuju sediakan pakar kaunseling tu!

    BalasPadam
  3. Bebanan kerja...gaji kecik pon blh jadi stress peringkat teruk gak..

    BalasPadam
  4. kalau usus ada masalah pun boleh jadi gangguan emosi.
    https://ummiqadeer.com/2018/03/02/9-tanda-usus-mengalami-masalah/

    BalasPadam
  5. memang ada pakar kaunseling..tapi nun di Putrajaya..

    BalasPadam