Mencuba Mudnetic Detox Facial di MBH MediSpa di Cheras.

by - Khamis, Februari 15, 2018

Aku tak pernah mencuba buat facial seumur hidup aku , seingat aku la. Lagi pun aku takda alasan untuk bua facial memandangkan muka aku ok jer.. takda jerawat atau parut jerawat. Tapi entah kenapa , kali ni aku teringin nak mencuba buat facial. Mana la tau dalam diam ada masalah , kan ? Hehehe.. 

Memandangkan aku dah biasa 'buat rambut' di MBH HairCare , aku yakin kalau 'buat muka' kat MBH pon mesti ok punya. Maka , temujanji dibuat melalui telefon. Dengan harga promosi ditawarkan, yakni RM219 jer.. maka aku ke MBH MediSpa , cawangan Cheras. 


 Tak susah pon nak cari cuma nak parking tu je bermasalah sebab tempat ni agak padat. Maka aku guna teksi jer ke sini. Atau nak lagi mudah , guna LRT jer. Hee.. dekat giler ! Turun je kat stesen Bandar Tasik Permaisuri. Pasutu jalan kaki jer.. Hee... 

Sesampai je aku kat MBH MediSpa, perkara pertama aku buat ialah... daftar la dulu kan ? Hehe.. Pastu buat pemeriksaan kulit muka. Nak tau gak apa masalah kulit muka aku tu. Dan seperti yang aku jangka.. berminyak dan liang pori tersumbat ! Maka aku disyorkan guna Mudnetic Detox Facial. 



Apa itu Mudnetic Detox Facial ? 

Mudnetic Detox Facial ialah rawatan terbaru di MBH MediSpa yang unik kerana ia bersifat magnetik dan mempunyai kuasa detox. Bahan asas rawatan ini ialah lumpur yang diambil dari laut mati di Jordan. Seperti mana yang diketahui khasiat lumpur di laut mati Jordan adalah sangat baik untuk kulit kerana ia mengandungi mineral semulajadi yang dapat menyembuhkan pelbagai masalah kulit. 

Antara keistimewaan Mudnetic Detox Facial ni ialah sesuai untuk semua jenis kulit. Mampu meneutralkan wajah berasid malah boleh dilakukan secara kerap sehingga kulit benar benar pulih dari kerosakan. Selain dari itu ianya mampu melembutkan dan melicinkan kulit dan tiada kesan sampingan yang memudaratkan. 

Selain menghilangkan toksin , Mudnetic Detox Facial juga berperanan menyingkirkan toksin kesan penggunaan barang mekap , lebihan minyak dari kotoran dalam liang pori , membersikan dan  menanggalkan sel kulit mati, blackheads dan whiteheads , mengecilkan pori pori , memutihkan dan mencerahkan kembali kulit muka selain memberikan mineral yang diperlukan oleh kulit muka seterusnya melembabkan kembali kulit muka. 

Ada 9 langkah rawatan Mudnetic Detox Facial. 







Mula mula muka aku dicuci dengan MBH Facial Cleanser. Kemudian dengan menggunakan Steamer untuk proses pengewapan yang mana bertujuan untuk membantu membuka liang pori. Pastu satu alat vakum khas untuk membuang Whitehead dan Blackhead digunakan. 

Langkah ke 4 , proses Extraction dilakukan pada wajah aku. Sodium Chloride digunakan dan disaapukan dengan rata.Ketika ini proses menggunakan mesin Microdermabrasion. Langkah 6 , Mud Mask digunakan dengan meratakannya di wajah. 

Beberapa minit ditunggu. Kemudian magnet khas akan digunakan untuk menarik Mud Mask pada wajah. Jangan risau... tak melekit sama sekali ! Malah tak terasa pun guna mask ! Menariknya, kulit muka kembali rasa kesegarannya. 

Langkah 8 dan seterusnya ialah melakukan urutan pada wajah. Hati hati.. jangan terlena lak... cam aku ! Hahahaha... Yang terakhir , mesin LED digunakan pada wajah selama 15 mini. Langkah terakhir , Soothing Lotion MBH dan sunblock MBH disapukan ke wajah aku. Terasa muda 10 tahun uolls ! Hahahaha..

Siap ! Boleh balik dah.. dengan muka bersih , ringan jer.. Tiada lagi rasa gatal gituuu.

Jika berminat , korang boleh layari laman mereka untuk hubungi cawangan yang terdekat dengan anda atau senantiasa ikuti Facebook dan juga instagram mereka. 

You May Also Like

11 comments

  1. Bagus ben jaga penampilan! Macam ni la jd contoh baik untuk kaum adam di luar sana.

    BalasPadam
  2. Nina pernah gak buat facial kat MBH Medispa. Memang best!
    Puashati laaa

    BalasPadam
  3. wah menarik la buat facial di MBH MediSpa ni. Sekali sesi makan masa berapa lama yer?

    BalasPadam
  4. Teringin nak buat facial, tapi belum ada masa & kemampuan... Huhuhuu... Tapi macam best je, mudnetic tuuu...

    BalasPadam
  5. Nampak muka teruja aben hehehhe lamanya tak buat facial,last sebelum kawin lepas kawin sendiri je la kat umah huhuuu

    BalasPadam
  6. Lama tak buat facial treatment..nak try kat sini la nanti...

    BalasPadam
  7. besnye. klu berterusan lagi syok.. heheh. bes plak tgk muddnetic ni

    BalasPadam
  8. Bestny dpt buat facial.. Sesekali memang perlu untuk buat facial ni..

    BalasPadam
  9. Bestnya, saya pun tak pernah buat facial.

    BalasPadam
  10. Saya baru nak try harap menjadi la

    BalasPadam