Berbuka Puasa di Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur 2018

Ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur. Selama ni aku tengok dari luar je. Maklumlah , ulang alik ke Hospital Besar Kuala Lumpur , beberapa tahun lepas. Teringin juga sebenarnya aku nak singgah dan rasa masakan di hotel ni. Dan baru baru ini , 'teringin' aku jadi kenyataan.

Yer.. aku dipelawa ke Iftar Ramadan Preview. Satu penghargaan buat aku. Ini masanya nak merasai sendiri masakan chef chef Grand Seasons Hotel yang dengar ceritanya, sedap sedap belaka ! Jeng jeng jeng... heheeee...

Ok.. sampai pada tepat masanya. Tak sabar punya pasal. Terus amik gambar. Deco yang simple tapi penuh makna ! Nahh.... makin tak sabar aku nak merasainya. Yang menarik perhatian aku ialah kambing serta kari ikannya.. Fuh , apakah sesedap mak aku punya ? Hahahaha...











Ok.. bermula dari 17hb May hingga 14hb Jun 2018 , yakni sekitar dalam bulan Ramadan , bagi pengemar masakan tradisional , Jepun , Thai serta Barat bolehlah membuat tempahan awal dengan harga sekitar RM98 ++ , bagi orang dewasa manakala bagi kanak kanak cuma RM50. Tempahan awal atau early bird bermula 16hb April hingga 13hb Mei akan menikmati potongan harga yang menarik. 

Antara makanan yang bakal dihidang ialah Asam Laksa , Nasi Briyani Gam , Nasi Ambang , Sup Gear Box , Kambing Golek dan banyak lagi. Ada 130 jenis hidangan ! Sambil makan , tetamu akan dihidangkan dengan persembahan gazal secara live.  Best ? Heehehe.. murah gak kan ? 

Jangan risau pasal parking dan juga pengangkutan awam. Nak ke sini sangatlah mudah terutama jika nak guna pengangkutan awam. Guna je Monorel. Best wooo.. Leh shopping dulu di kawasan berhampiran sebelum berbuka puasa.

Tempahan awal amatlah dialu alukan. Untuk keterangan lanjut , boleh hubungi 03 2697 8888 ext 8819/8818 atau email ke fb@grandseasons.com .

Selamat berpuasa dan menjamu selera !  


16 ulasan:

  1. nampak sedap semua..terasa nak pergi ke sana . bab parking banyak itu bagus..

    BalasPadam
  2. Sedap yer,ada lemang. Yang warna hitam tu lemang pulut hitam ke? Tak pernah tgk..jakun jap..hehe

    BalasPadam
  3. banyak sungguh yng tawarkan buffet ramadhan dengan menu2 mengancam ni.. buwaaa... nk juga.. tp jauh giloss

    BalasPadam
  4. Sedapnya tgk..lemang oulut hitam pun ada.. Wah..

    BalasPadam
  5. wooow menarik...semua nmpak sedap... photographer hebat tu nmpak semua gmbar sedap..hahah

    BalasPadam
  6. Dekat! Tu rasa best balik pejabat je boleh singgah dah berbuka kt sini...betul parking pun senang je...naik monorel je dah sampai...ishhh nak bodek asben la berbuka sini hahaha

    BalasPadam
  7. Meriah betul bufet Ramadan tahun ni.

    BalasPadam
  8. deco sempoi.. wow ada lemang pulut hitam. biasa mkn ketupat pulut hitam hehe

    BalasPadam
  9. Menarik.. Lemang pulut hitam tu jarang jumpa. Sedapnya makan dengan serunding kan..

    BalasPadam
  10. Semua sedap.. Nak cari lemang nak cari lemang..

    BalasPadam
  11. Semua nampak sedap je. Uishhh! Asam laksa sedapnya!

    BalasPadam
  12. Wow banyaknya hidangan. Ada Beriani Gam!

    BalasPadam
  13. Belanja plish hahah , nampak sodap semua

    BalasPadam
  14. ape bawah kambing tu? nasi ke?

    BalasPadam
  15. Kari ikan tu....terbayang cicah ngan roti..perghhhh

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.