COSMODERM semakin jauh melangkah !

" Abang , nak order apa bulan ni ? ". Tanya wife melalui whatsapp. Hurmm.. Nak order apa eh ? Tapi yang pasti ialah beberapa produk yang wajib dibeli oleh wife untuk kegunaan harian aku , keluarga aku serta adik beradik aku di rumah mak. 

Antara produk yang selalu dibeli ialah Deep Heat Lotion , Tea Tree Facial Wash , Gel Mandian Tea Tree serta produk untuk wanita , wife punya ! Aku punya lebih pada set kebersihan diri terutama selepas bersenam di gym. Maklumlah , di gym kan ada pelbagai jenis orang di situ. Makanya kebersihan pon boleh was was gitu.. kan kan ?


Masih aku ingat kali pertama kali aku dengar nama Cosmoderm. Nak beli produknya pon rasa takut. Maklumlah , namanya saja dah cukup gah bagi aku , ketika tu. Aku rasa waktu tu aku mencari pencuci muka memandangkan muka aku ketika tu , berjerawat. Yelah , asal stress je.. jerawat naik ! Adehh.. Tak jumpa lagi produk yang sesuai dengan aku. 

Entah bagaimana satu hari tu , aku dipelawa ke Rumah Terbuka Aidilfitri Cosmoderm. Aku tak ingat sangat jalan ceritanya sebab dah bertahun tahun ianya berlaku. Aku pun pergi la sekeluarga. Dan bermula dari situlah aku sekeluarga menjadi pengguna tegar produk Cosmderm. 

Ada banyak produk Cosmoderm aku cuba guna pakai dan ternyata Cosmoderm sangat sesuai buat kulit aku serta keluarga aku. Tak sangka sama sekali yang produk ni amat ekonomi harganya. Ingatkan mahal seperti jenama luar negara. Maklumlah , nama pon ala ala omputeh gitu.. hehehe.. 


Seingat aku , mula mengenai produk Cosmoderm di tahun 2013 dan seterusnya sejak itu aku lihat produk Cosmoderm semakin lama semakin bertambah malah mengalami perubahan dari segi packaging. Ternyata Cosmoderm berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai tahap antarabangsa. 

Dan secara jujurnya aku cakap... sekarang ni bila ada rakan rakan tanya mengenai produk Cosmoderm , aku tak segan silu bagitau.. jangan risau mengenai produk Cosmoderm sebab ianya mempunyai sijil Halal yang sah dari Jakim ! Nahhh.. sebagai buktinya, baru-baru ni Cosmoderm telah menyertai MIHAS di Mitec malah telah berkali-kali menyertai  festival festival Halal di luar negara. Di MIHAS , aku sempat singgah ke booth mereka. Ternyata booth mereka senantiasa dikunjungi tetamu yang berminat nak mengetahui akan produk produk keluaran mereka yang HALAL ! 




Aku antara mereka , pengguna setia yang menjadi saksi peralihan Cosmoderm dari satu jenama yang 'biasa' ke satu jenama antarabangsa tapi kita masih mampu beli ! Itu yang bagus sekali.. produk berkualiti tapi ekonomi ! 

Diharap Cosmoderm akan terus meluncur jauh ke hadapan dengan jayanya  ! Nak cuba ? Boleh dapatkan secara online di web atau Facebook mereka. Di farmasi farmasi terpilih pun ada jual. Heeee...

Careline : 1700 815 495
Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm/
Web : www.cosmoderm.com.my


16 ulasan:

  1. sy bsyukur jumpa cosmoderm.. sbb tcari2 vit e yg bgs tapi harga jimat. tnyata. produk2 cosmoderm mmg mjimatkan.

    BalasPadam
  2. Wah,dah lama rupe yer aben dengan cosmoderm. Huda start guna last year,sampai sekarang konsisten guna,sebab memang best produk cosmoderm ni. Dah la harga mampu milik.

    BalasPadam
  3. Family saya pun dah start pakai cosmoderm.. Semua bermula dengan deep heat.. Hahaha

    BalasPadam
  4. Nama macam produk antarabangsa tapi rupanya produk tempatan yang ada sijil Halal.. Memang boleh guna tanpa was-waa

    BalasPadam
  5. Nina pun pengguna cosmoderm.
    Bila dah cuba, pasti jatuh cinta dan tak tukar lain dah.
    Harga lak mampu beli. Terbaik laaa Cosmoderm!

    BalasPadam
  6. Masa mula2 pakai cosmoderm tu mmg dh rasa puas hati. Tahniah cosmoderm dh semakin maju melebarkan sayap

    BalasPadam
  7. Bila lah nak mencuba produk cosmoderm ni..

    BalasPadam
  8. Eirna pun guna jgk produk Cosmoderm ni...Yg Tea Tree punya.Sekarang promote kt kwn opis pula.

    BalasPadam
  9. Ada sijil halal Jakim tu lg diyakini. Great sharing ben!

    BalasPadam
  10. adik ina salah seorang pengguna cosmoderm juga.Jerawat semakin berkurangan..kira berkesan dan selamat produk ini

    BalasPadam
  11. rangkaian produk cosmoderm memang terbaik !!sesuai untuk seisi keluarga

    BalasPadam
  12. lisa pon dah lama pakai ni. pakai VIT E .. tuk set mandian kurang ada stock kt drugstore . kena beli online ...

    BalasPadam
  13. Yup, cosmoderm antara produk terbaik utk seisi keluarga

    BalasPadam
  14. Tahniah cosmoderm..semakin diyakini..nad masih pakai tea tree oil dengan vit e dia..bestt

    BalasPadam
  15. Suka produk Cosmoderm, terutama Magic Lotion.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.