Dalam rumah pon dah tak selamat !


Hurmm.... penat gini. Di rumah sendiri pun dah tak selamat ! Apa dah jadi ni ? Apakah punca ? Lambakan pendatang asing tanpa izin ? Atau faktor ekonomi ? Cara senang nak ada duit ? Atau sebahagian dari kerjaya baru yang lebih mencabar ?

Aku suri rumah. Duduk rumah cam aku ni , ramai impikan. Tapi kalau duduk rumah pon risau kena pecah masuk... payah gak la ! Tu belum lagi kena rogol. Bayangkan kalau aku kena rogol ! Tak terbayang dek akal woiii ! Hahahaha.. 

Nasihat aku ? Hati hati jer la. Nak nasihat lebih , risau lak aku dikatakan menghasut nanti. Hehehe.. Set telefon pintar korang.. speed dail ke balai polis terdekat ! Jangan bagitau dunia yang korang di rumah dengan anak anak jer ! Kurangkan selfie dengan bermekap. Tu semua mengundang tuu.. Hee..

Pastikan diri senantiasa dalam keadaan fit untuk bertindak. Nak menjerit pon kena fit ! Nah , ajak pasangan atau keluarga selalu bersenam. Tujuan , nak lari atau nak menjerit nanti ada banyak tenaga. Kan ? 

3 ulasan:

  1. Hahaha...lagi satu kena belajar handle panik...kalau panik semua habis!
    Kena bawa payung la kalau nak ke pagar tu ben...kalau dia nak buat pelik2...haaa tunjal dengan payung tu siap2...kena bawa la kayu ke senjata...standby tepi siap2...kalau dia tanya kenapa bawa payung...jawab je sediakan payung sebelum hujan hahaha

    BalasPadam
  2. Takutt..aku duk uma mmg dendiam je, kalau sapa dtg aku bkk pintu dulu tanya dr jauh..yg mencurigakan memang aku x bukak pintunya..ngerii, mcm2 hal sekarang...

    BalasPadam
  3. Saya memang selalu tunggu kat pintu grill je kalau mana² kurier dtg, tak berani bukak grill. Lagi² kalau husband takde.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.