Fahami lenggok anak kecil kita..

by - Rabu, April 18, 2018

Lelaki yang tak biasa jaga anak kecil akan mudah tertekan bila tiba masa dia jaga anak kecilnya terutama di bawah usia 2 tahun. Memang akan berpeluh ketiak punya laa ! Walhal budak bawah 2 tahu ni la paling mudah nak jaga ! Kenapa aku cakap gitu ? Haaa... Meh aku kasi tips skit. 

Aku sedang membesarkan 3 orang anak. Kesemua mereka , aku jaga sendiri sejak dari mereka lahir lagi. Tak pernah ada pengasuh kecuali mak aku jer. Bila aku ada kerja , memang aku mintak mak aku jagakan sekejap. 

Ok... tips mudah untuk para suami yang tak biasa lagi. Mula mula kena tahu bila anak kita tu dilahirkan. Ada lelaki , lupa dah ! Tarikh dia beli kereta , dia ingat. Tapi tarikh anak lahir.. dia tak ingat ! Cam aku la.. Hahahaha.. tapi aku tak ingat bila aku beli kereta. Sebab aku takda kereta.. Hee.. 

Kenapa kena tau tarikh lahir ? Sebab dari situ tahu, usia anak kita. Ada bapak tak tau pun usia anak dia. Dia tau.. dari tahun lepas hingga tahun ni , '2 tahun kot ?'. Walhal dah masuk 4 tahun kot ??? Nah... sebab tu penting tahu tarikh lahir anak. 

Ok.. jika dibawah usia 2 tahun.. sangat mudah. Diorang ni kecik jer. Tenaga diorang bukan macam orang dewasa. Diorang mampu berjaga selama beberapa jam je waktu siang. Selebihnya tidur. Pastikan mereka bangun awal pagi. Mandikan. Siap dan beri makan. Kemudian tidurkan semula. Bila perut penuh, tidur pun lena. Mampu capai sehingga tengahari ! 

Bila dia bangun , nak kena buat apa ? Dia bangun.. dia dah segar ! Orang segar ni , kita bawak la bermain dengan dia... sampai penat ! Ketika ni , sila letak tepi semua gajet anda ! Jika tidak anda akan mudah terganggu dan tertekan. Tak lama pon dia nak bermain. Dalam sejam dua jer. Tenaga budak... bukan macam tenaga orang dewasa ! 


Pastu kasi makan dan susu. Bila dah kenyang... mandikan ! Lepas mandi , hehehe.. senang sangat kejer..  Tidurkan dia sehingga jam 5 petang. Bangunkan dia pastu , ajak la dia berjalan jalan di kawasan yang selamat ! 


Nahhh... senang jer kan ? Dia bukan reti nak ajak kita bersembang atau nak berebut remote ngan kita. Apa kita tengok , dia layan sekali.  Macam anak aku, dia tidur dalam buaian. Dulu orang kata tak bagus.. macam macam la isu berkaitan dengan buaian. Bagi aku, pantaulah buaian tu. 

Mudah kan ?

You May Also Like

2 comments

  1. tidur lebih lena dalam buaian.Lama skit anak tidur.

    BalasPadam
  2. Yup betul, perut kenyang dan susu cukup lenalah dia.

    BalasPadam