Jom melancong ke luar negara.. dalam negara tak best dah !

by - Jumaat, April 27, 2018

Di Instagram... aku melihat rakan rakan pulun sakan bercuti di tempat tempat menarik di luar negara. Sekarang Autumn kan ? Sangat cantik ! Cemburu melihat diorang. Bukan tak mampu tapi kena berjimat cermat. Membesarkan 3 orang anak sangat sangat memerlukan duit di zaman 'GST PERGI TAK KEMBALI ' ni. 

Rezeki mereka. Aku tumpang gembira. Dapat tengok gambar pon jadi la. Yang pernah ke luar negara pasti tau camana punya cantik kan ? Heee.. Tak pe tak pe.. tunggu anak besar skit , kita gi sekeluarga. InshaAllah. 

Sebenarnya, dalam negara kita pun dah cukup indah. Walaupun tiada Autumn , Spring , Winter tapi cuaca serta keindahan hutan kita yang dipenuhi dengan flora dan fauna pasti akan memukau sapa sapa saja yang melihatnya. Sangat menyeronokkan. Sebab itu aktiviti hiking semakin popular di negara kita. Dan secara tidak langsung , mencintai alam semulajadi.. tak kira dalam atau di luar negara. Harga alam sekitar. 

Menikmati senja di Putrajaya. Cukup indah dah ! 






Tapi sayangnya. Bangsat bangsat yang tak puas dengan kekayaan yang mereka sdia ada , terus berusaha menghabiskan segalanya. Apakah mereka nak tinggalkan cubit rasa untuk anak cucu kita ? Yer.. mereka boleh ke sana sini. Boleh bercuti di luar negara untuk menikmati keindahan alam. Kita??  Nganga dalam negara dan sedut udara hitam ? Silap hari bulan untuk sedut udara bersih pon kena bayar !

Terbaru... baca status yang sedang viral di Facebook. Aduhaiii... sakit hati betul baca ! 

Tahniah kpd Calon BN, Mr Nice Guy Dato' Ahmad Nazlan Idris kerana kekal sbg calon di Parlimen Jerantut. Tahniah juga kpd Dato' Seri Wan Amizan yg juga kekal di kawasan pembalakan DUN Tahan 😁. Tak dilupakan juga kpd Calon BN DUN Damak, anak kpd pembalak popular Lim Ah Chap. Diucapkan juga selamat membalak di Kg Baru, Som dan Ulu Cheka. "

Hurmmm... Kegilaan apakah ini ? Takkan diorang tak nampak kot ? Nak tinggal apa kat Semenanjung ni ? Hutan tu sumber bekalan air bersih untuk kita. Kalau dah takda , mana nak cekau? Oh... boleh buat air sendiri.. kita bayar je la ! Hurmm.. bijak kan ? Duit tuuu.. duit ! 

Nah... pikir la sendiri. Aku tak larat nak pikir dah tapi aku tetap kena pikir gak. 


Rindu bunyi bunyian unggas rimba ! Nasib baik masih berpeluang. Anak cucu kita ? Hilangkan geram dengan layan Susu Kambing di pagi hari ! Huhhhh... Boleh beli secara online jer di www.lazzdelivery.com  


Sedap !

You May Also Like

2 comments

  1. Hello Mr Ben...Nak bercuti mana kali ni?

    Jom visit blog Liza. Nak tlg promote blog bleh skali dak? ;)

    BalasPadam
  2. Hurmmm sedih bila tengok hutan² kat negara kita ni makin gondol. Patutlah makin panas cuaca!

    BalasPadam