Kesan dari pemakaian cermin mata yang tidak betul !

by - Jumaat, April 20, 2018

Hurmm.. patut aku rasa cam pernafasan aku tak teratur. Aku check lubang hidung aku. Tetiba tengok keluasan lubang sebelah kiri berbeza dari sebelah kanan. Walhal sebelum ni ok jer ! Apa dah jadi ? Pelbagai persoalan muncul termasuk yang negatif ! Apakah ? Oh , harapnya tidak sama sekali. Aku cuba Google mencari jawapan. 

Kesudahnnya , aku masukkan jari dan memeriksa tulang hidung. Eh ? Semacam jeee ! Tau tak macamana bekas plastik yang terkembung kemudian kita boleh betulkan dengan menolaknya tapi ditendang kembali ke kedudukan asal ? Haaa..gitulah tulang hidung aku ketika ni ! 

Aku dok pikir pikir gak apa masalahnya ? Aku pegang batang hidung aku. Hurmmm... takkan cermin mata ? Aku belek cermin. Kedudukan pembengkokkan tu betul betul di bahagian aku letakkan cermin mata ! 



Apakah berpunca dari cermin mata ? Cermin mata yang aku pakai tu asalnya adalah cermin mata gelap yang biasanya orang pakai di waktu panas jer. Bingkainya agak berat berbanding bingkai yang sesuai dipakai selalu ! Hurmmm.. Yelah , benda berat atas tulang yang lembut. Apa jadi ? 

Apakah aku perlukan pembedahan atau tukar cermin mata baru ??? Duit lagi. Hurmmm.. Tak pasal pasal hidung mancung aku agak senget sekarang. Dah kena mengurut batang hidung pulak setiap hari untuk betulkan semula. Mau makan tahun gak ni ! 

You May Also Like

6 comments

  1. memang akan tinggal kesan kan

    BalasPadam
  2. aduhhhhh,kenapa lah boleh terbaca artikel ni..Ina pun pengguna tegar cermin mata juga.. Tapi,nasib baiklah hidung Ina masih mancung lagi..muahahaha.

    BalasPadam
  3. sbb tu kdg2 nad tak selesa pkai spec selalu walaupun mata tak nampak huhuhu

    BalasPadam
  4. alamak, kena bagitahu suami pasal ni la. Tapi tengok hidung dia masih mancung juga tak senget. haha
    www.iburayyan.com

    BalasPadam
  5. lbh slesa buat kja tak pkai spek..sllu pkai time drive ngn dpn laptop je

    BalasPadam
  6. Betul jugak, kadang frame tak sesuai pun rasa tak selesa.

    BalasPadam