Ku kecewa dengan Marvel Avengers :Infinity War



Dari minggu lepas aku tunggu saat ni. Mesti Qhaliff suka punya sebab dia dah follow beberapa citer Marvel. Yelah, dia pon duk ulang sebut nak gi.. Dan sampai hari yang ditunggu sangat sangat... Yearghhh.. Aku  pun gi jemput dia kat taska. Suka  sangat diaaa.. Pastu terus memandu ke Alamanda. Layan kat situ jer. Malas nak gi jauh jauh.

Dan..

Hurmmmm.. Kecewa tak dpt beli set combo tu. 'Sold Out' katanya. Muka Qhaliff berubah. Aku pun hampa sangat. Hurmm.. Takpe la. Sian tgk Qhaliff. Aku pujuk dia. Beli Sneakers n pop corn.Dia ok jer sebab dalam kepala dia nak singgah Toys 'r' Us pas tengok movie.

Dan.. 

Tak lama kemudian. Panggilan masuk terpampang di board. No 2.  Yearghhh.... Jommmmm layan. Suka dia bila tengok  '2' dipanggil masuk. Lama sangat tunggu kat luar tu. Dah la takda kerusi. Duduk atas lantai jer. 

Dan. 

Aku ZZZZZZZZZ dalam panggung!!! Banyak babak borak gitu. Hahahaha...  Apa nak buat ??? Dah la sebelum tu aku workout kat gym. Terasa la kepenatan juga sebenarnya. Arghhhhh.... Geramnya. Puas tahan mata. Faktor umur  juga kot ? Tapi kejap je la terlena. Namun terlepas babak menarik. Tu pasal aku tertanya tanya... Eh , bila lak dia boleh ada kat sini ! Adududududuuuu..

Dan...

Bila dah nak sampai kemuncak..Babak bergaduh beramai ramai , tiba tiba Qhaliff bisik kat aku.

"Daddy, nak g tandas.. Nak kencing.".

Aku pandang muka dia.. Whatttttt??????? Dah nak abis kot?????

Terus keluar dari situ. Gi tandas. Malas nak masuk balik. Terus balik.. Bye bye Infinity Wars! Tunggu aku repeat. Tak tau apa kesudahan pon movie tu. Hahahaha.... 

9 ulasan:

  1. Hahahaa, saya tunggu keluar kat TV jelah. Anak ramai tak sempat dah nak pi tengok.

    BalasPadam
  2. kahkahkah..
    filem ni mmg x sssuai dh untk veteran agaknya.

    BalasPadam
  3. Memang faktor usia la tu. Hahaha...

    BalasPadam
  4. Rugi yer aben leh tdo..ish2..

    BalasPadam
  5. Hurmmmm... frust jugak tak dpt beli

    BalasPadam
  6. sama ngan nasib sy time age of ultron dulu lah..tgh best2 part berlawan tu buleh pulak anak nk ke tandas.masuk blk citer dh abes huhuuu

    BalasPadam
  7. Huarghh lama nya tak masuk wayang. Tunggu kuar kat ASTRO BEST je lah

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.