Mat Gebu sakit apa ?

Alhamdulillah... dapat juga aku ziarah sahabat aku yang manja sorang ni. Hahahaha... Untuk yang  tak tau , aku mengenali Mat Gebu dah hampir 9 tahun. Dia seorang yang tegas, keras , mudah tersentuh hati tapi sangat baik hati ! Nahh... Nak berkawan dengannya , bukan mudah ! Kena pandai baca perangai dia. Dan banyak bersabar. Hahahahaha... Macam baby ? Memang pon.. hahaha.. 

Ok ok... cukup mengumpat depan depan. Sekarang fokus pada cerita aku ni ! Gini.. semalam , lepas check out di Medini Hotel di Medini Iskandar Puteri , terus ke Sedenak. Rumah sahabat aku ni la. Dah rancang nak gi ziarah dia lama dah cuma dia tak kasi datang. Tak beberapa sihat. Aku 'terpaksa' ikut kehendak dia. 

Aku sekeluarga plan nak singgah ziarah jer. Aku tak kasi dia masak untuk jamu kitorang. Tapi bagi yang mengenali Che Mat ni , dia takkan bagi balik dengan perut kosong ! Dan aku lak memang betul betul punya kosong perut tengahari tu ditambah dengan sesat di kawasan Sedenak tu. Patutlah Che Mat kata kawasan dia tu , banyak hantu ! Hahahaha... memang mengerikan laaa kalau malam malam.. Hahaha.. Siang pun dah ngeri terutama di ladang kelapa sawit tuuu.. Fuhhhh... kalau tak sesat , tak tau laa betapa kawasan tu sebenarnya adalah hutan ! Haaa... 

Setelah Che Mat send location.. ni kali pertama aku sesat setelah berpuluh kali pergi. Sebab ? Datang dari Johor. Kalau dari KL , senang sangat ! Haa... , lepas dia send location baru jumpa. Walhal masa Waze tu pun dah betul cuma dia kasi jalan singkas yang meredah ladang kelapa sawit yang takda orang ! Giler ! Hahahahaha... 

Alhamdulillah.. sampai jugak aku sekeluarga. Berpeluh ketiak dah. Dengan petrol hujung hujung takok , berdoa agar selamat tiba. Kitorang disambut oleh Che Mat. Boleh berjalan dah dia. Bersalaman dan dijemput masuk. Kemudian dia tunjuk kaki kanan dia. Hurmm. Aku tengok skit jer. Aku tak nak la buat  muka terkejut atau mengerikan bila tengok kaki dia tu. Aku buat cool jer. Kasi dia bersemangat. Dan memang dah semakin sembuh pun. Alhamdulillah..

Kemudian aku sampaikan sumbangan dari rakan rakan blogger #KBBA9. 



Seperti biasa, apa yang ada di atas meja rumahnya , tidak menghampakan ! Memang akan boroi aku.

Kenapa dengan Mat Gebu ? Hurmm... Ok. Meh aku stori mori dari awal. Ceritanya begini. Mat Gebu main pasir depan umah. Mak Yah marah sebab dia tak pakai selipar. Kemudian ada cacing dah masuk ke dalam badan dia melalui tapak kaki dia. Pastu beranak pinak. Haaaa.. sakit dah tu kan ! Haa..

Ok.. aku tipu ! Hahaha.. Menurutnya , kaki dia tu terkena jangkitan kuman. Dan dengan faktor umur , maka jangkitan tu agak meluas la juga. Sebab tu perlukan rawatan rapi. Begitulah.. secara ringkas. Nak panjang panjang , korang tanya dia sendiri ! Kang dia marah aku , letih aku nak gi Sedenak nak pujuk dia. Hahahaha.. 

Yang penting , dia semakin sembuh dari segi fizikal dan mental hasil dari sokongan dan doa rakan rakan tak kira la dekat mahupun yang jauh ! Sokongan tu yang penting... kan kan ? Kena rajin bagi sokongan untuk dia terus berkarya. InshaAllah... 

Buat sahabatku ... Semoga Allah lindungi dan berkati kalian sekeluarga. Cepat sembuh yer ! Pastu jangan lupa part wasiat tu ehhh !! Heee..

19 ulasan:

  1. inshaallah anum turut doakan cepat sembuh ya
    sedapnya tgk makanan

    BalasPadam
  2. Hahahaa bab main pasir tu tak menahan. Baguslah Che Mat ni, sakit² pun tetap layan tetamu terbaik. Moga Che Mat cepat sembuh yer!

    BalasPadam
  3. Moga beliau terus sihat dan diberi kesembuhan...amin.

    BalasPadam
  4. semoga CMG sihat seperti sediakala..insyallah. btw,sedapnyer pencuci mulut tu.. sedappp

    BalasPadam
  5. semoga CMG cepat sihat dan jari pun gebu semula.. amin

    BalasPadam
  6. tq, ben. lama x jumpa mat gebu, dulu tiap kali raya mesti smpai umah dia, klu smpi umah dia & masa ko masih knyang... mmg rugi la... haha.. smoga cepat smbuh che mat.

    BalasPadam
  7. Semoga CMG cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.. dan dipermudahkan segala urusannya..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum ben..semoga Che Mat Gebu cpt sembuh yer...

    BalasPadam
  9. Moga che mat cepat sembuh...

    BalasPadam
  10. Minta tolong suruh si mat gebu call sepupu dia ni.... No fon dia hilang sekali ngan fon.....please....

    BalasPadam
  11. Moga cpt sembuh cik mat... Pinggan biru tu lawa sgt

    BalasPadam
  12. Semoga CMG cepat sembuh... sakit2 pun makanan tetap meletoppl gitu

    BalasPadam
  13. Moga diberi kesembuhan kembali Ya Allah pd Che Mat..sihat tubuh badan dan kembali menceriakan dunia penulisan dgn aneka resepi Aamiin

    BalasPadam
  14. Moga che mat cepat sembuh ..

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah seronok dengar Che Mat dah kembali sembuh. Dengar dari Aben baru percaya. Yang Che Mat dok khabar tu payah sikit nak caya. Risau Che Mat sorok tak bagi kita susah hati.

    Semoga Che Mat terus sihat dan terus berkongsi resipi dan cerita kat blog. Rindu kita....
    Aamiin

    BalasPadam
  16. semoga che mat cepat sembuh..

    BalasPadam
  17. Ooh patutlah jrng skrng nampak che mat upload resepi...semoga che mat cepat sembuh ya..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.