Memberontak di awal pagi..



Hari ni aku tak pergi umah mak aku. Walaupun aku ada job atau jemputan, aku terpaksa menolaknya. Nak berehat di rumah hari ni. Anak anak pon nampak lagi selesai bila di rumah sendiri. Boleh buat apa saja berbanding bila di rumah orang.

Tapi.. Aku laaaa kena kerja teruk skit. Huhu.  Awal pagi tetap kena bangun.. Mandikan ketiga tiga orang anak aku. Siapkan mereka dan bersedia utk layan karenah 2 orang yg bakal 'buat hal' utk seketika.

Aariz, akan meraung. Tak nak masuk rumah. Dia nak jalan jalan di luar umah dulu. Tapi memandangkan ada kes denggi minggu lepas, sebaiknya aku kena elakkan berada di luar rumah buat masa ini.

Yearghhh.. Ada kalanya aku terasa nak kembali ke pejabat. Yelah, pagi pagi dah pakai smart smart berbanding jika duduk di rumah.. Berkain pelikat memanjang. Kadang kadang tengahari baru mandi... Yelah, dok settle kan anak anak sehingga ada yang tidur atau dah bermain sendirian. Heee..
Yearghhh.. Tu aku lak memberontak!  Hahaaa. 

Tapi sebenarnya aku bersyukur sangat dgn apa yang aku ada sekarang. Cukuplah... Hargai dan nikmati. 

7 ulasan:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi rabu

    BalasPadam
  2. lagi seronok jadi MR.mama kan ben..? Ada banyak masa kita dengan anak-anak dan best sangat,stress tak adalah sangat.Walau anak-anak yang bikin stress,ubat dia pun dari anak-anak juga. Nikmati lah sementara anak-anak masih kecil ni.Layan karenah mereka.Besar ganjaran nya.

    BalasPadam
  3. Bukan saja kanak-kanak, yang dewasa pun ada ketika badmood.

    BalasPadam
  4. Anak memberontak tau sebab apa ben? Dia nak tunjuk dia sayang kat kita tu....mmg memacam la dia tunjuk perangai...dia nak tunjuk dia pandai minta, pandai sesuatu...dia nak pujian...dia nak kita tgk dia je...tu la anak...anak ni Allah jadikan sgt bijak, kecil-kecil dh pandai tunjuk sayang...

    Bila besar, tgk kita sudah lah...nk ckp syg dkt darha daging sendiri pun belum tentu senang nak ungkapkan. Kita belajar dari anak2 ni la ben...how love it is!

    BalasPadam
  5. Kitalah kena sabar sikit layan,kadang anak ni nak perhatian kita je.

    BalasPadam
  6. Bila sy tengok anak2, dorang memang lebih manja dengan ayahnya. Mungkin sebab ayahnya jenis cool banding ibu. Tp anak selalu suka nangis, memberontak dan minta perhatian dengan ayah. Padahal kalau ayahnya outstation, takda pula perangai dorang macam tu dengan sy. Sebenarnya ayah adalah hero di mata anak2. Ayah saja boleh main lasak2 dengan dorang. Tambah lagi anak sy 3 org semua lelaki. Ni bakal yg ke 4 insyaallah doc dah scan, lelaki juga hehe

    www.iburayyan.com

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.