Mentari Muncul Lagi dan Dukun

by - Jumaat, April 06, 2018

Kelmarin...

Aku ada terima jemputan dari pihak penerbitan filem Dukun. Hurm.... Aku suka cerita seram tapi bukanlah cerita sebegini. Aku peminat novel Tamar Jalis , Tok Awang Ngah serta Zulkifli Ahmad Idrus tapi untuk menonton filem filem berunsurkan seram begini , aku tak minat. Walaupun ada yang kata ianya dari cerita benar , tapi seberapa benar cerita itu yang membuatkan aku rasa macam malas nak tengok. 

Lebih baik aku layan cerita fiksyen atau cerita rekaan superhero. Sememangnya , kita dah tau tu memang mengarut ! Lagi pun sekarang , pelakon utamanya dah pun menutup aurat. Agak segan la sedikit untuk aku menontonnya.. Mungkin dia pon segan , sapa tau kan ? 

Sebentar tadi.. 

Di corong radio... Penyampai radio memainkan lagi kegemaran aku.. Mentari Muncul Lagi nyanyian Zamani Slam. Terus terimbau kenangan silam aku. Aku teringat zaman aku bekerja dulu di sebuah syarikat multimedia. Di dalam sebuah bilik bersama rakan , aku berkaraoke lagu lagu Slam. Memang berhantu lagu lagu Slam. Bagi aku , takda kumpulan sekarang mampu saingi mereka. Mereka sebaris dengan Spring, Ukays ,Stings..yang punya lagu lagu cintan yang cukup power ! 

Dulu aku tak kisah sangat mengenai 'kandungan' lirik tu. Tetapi sekarang... aku faham sangat. Terbayangkan akan seorang insan yang sangat menyayangi kekasihnya sehingga dia sanggup melepaskannya untuk tidak mahu melihat kekasihnya itu terseksa andai mereka bersama. 

Lagu ni penuh makna. Aku tak tau kenapa.. tiap kali aku nyanyi lagu ni , air mata pasti nak mengalir. Apakah rasa kasihan muncul pada Zamani ? Atau hati aku tersentuh dengan setiap baris kata lirik tu.. aku sendiri tak pasti. 

Tapi yang pasti.. di zaman ni , aku sendiri pun kecundang. Aku sendiri tak sangka yang mentari muncul lagi..




Aku fikirkan
Mendung Berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Kurasa kembali kehangatannya
Maafkan aku
Meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa

Tuhan saja yang tahu perasaanku
Berperang dengan suasana
Hinggakan kuterpaksa
Meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita
Menyesalnya ku kerana menyangka
Nasib tak menyebelahi cinta dan hidup kita
Syukur Tuhan masih sayang pada kita
Masih sayang..masih ada cinta
Maafkan aku
Meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa


You May Also Like

7 comments

  1. wah jiwang aben ni pagi-pagi. semoga perkara baik-baik datang bersama aben sekeluarga.

    BalasPadam
  2. ingat nak baca je lirik tu sekali bermelodi pula bacaanya haha

    BalasPadam
  3. Saya peminat Slam terutama Zamani, dulu semua kaset dia saya beli. Lagu² dia semua best!

    BalasPadam
  4. Zamani...my friend... Lagunya menarik...

    BalasPadam
  5. saya bukan peminat slam.. tp bila baca balik lirik lagu ni, hmm.. lagu pasal dato s ke ni.. sedeh n deep je lirik dia..

    http://asetbisnes.blogspot.my

    BalasPadam