Parlimen sudah dibubarkan. Siapa yang bakal aku undi ?


Tersenyum aku melihat wajah Dato Seri Najib Tun Razak di kaca tv , pagi tadi. Akhirnya seperti ramalan para nujum politik negara , beliau membubarkan parlimen berkuatkuasa esok. Akhirnya ! Heeee.. Maaf , aku bukanlah nak bercerita tentang politik pon. Tapi sekadar nak meluahkan rasa jer. Jangan risau... aku tak sebar fitnah dan aku alert mengenai Akta Anti Berita Palsu tu yer.. Heee..

Dulu , ketika aku muda.. sekarang pun muda lagi laa.. Hee. Maksud aku ketika remaja dan belia , bab politik ni aku tak amik tau langsung ! Bagi aku.. asal aku boleh makan , boleh gi lepak mana mana siang malam tanpa perlu bawak parang... dah memadai dah ! Tu dah kira aman dah bagi aku. 

Tapi selepas aku menjejakkan kaki ke bangunan kerajaan... barulah aku nampak kenapa pentingnya politik ni ! Nah.. segala apa yang arwah ayah aku kata dulu , baru aku percaya. Untuk pengetahuan , arwah ayah aku dulu pernah berkhidmat dengan syarikat pencetakkan suratkhabar , di Tanah Melayu dan juga Sabah. Aku selalu menidakkan kata katanya. Dulu laainn.. sekarang lainnn , kata aku ! 

Rupanya , sama jer ! Bila dah berkahwin ni , ada anak ni.. baru terasa bebanan ! Walaupun aku mampu atasi bersama , tapi apakah nasib anak cucu aku andai apa yang berlaku sekarang ni tiada perubahan.. tiada tindakan ??? 

Dan buat pertama kali , di PRU 13.. aku beratur buat pertama kali membuang undi ! Ketika tu aku nak perjuangkan nasib penduduk di tempat aku membesar ni. Aku tak suka sama sekali wakil rakyatnya. 

Manakala di PRU 14 ni , boleh dikatakan aku tak suka semua sekali laaa ! Haa.. Dengan kesombongan serta keangkuhan mereka setelah dipilih.. berdepan dengan rakyat , penuh keegoaan.. Waduh ! Diorang terlupa , diorang cuma WAKIL RAKYAT yang dipilih rakyat ! Bukannya pemilik negara !

Sekarang masa untuk mengubah. Sesiapa sekali pun calonnya , yang pasti aku tak nak muka muka sama je naik ! Muka yang banyak songeh.. sombong pastu bila berjawatan , makin kaya raya ! Sepatutnya bila jadi pemimpin ni , makin miskin ! Yelah , kena rajin menderma duit sendiri.. menyumbang... kan ? Bantu rakyat ! Tapi peliknya... ramai pulak makin kaya. Kan ? Cuba mintak masing masing istiyharkan harta dan umumkan pada rakyat. Secara jujur dan biar wakil luar yang uruskan. Heeee.. berani ?

Tak kira la apa parti sekali pun.. apa bendera sekali pun. Mereka yang jadi calon ni bukanlah terdiri dari insan yang kurang ajar , tak hormat rakyat , tiada kredibiliti , takda integriti , bekerja kerana tanggungjawab , ikhlas , jujur dan amanah dan paling penting , dia reti buat kerjanya.. bukan suruh orang bawah buat kerja ! 

Siapa yang bakal aku undi , walaupun bukan rahsia.. aku tetap undi mereka yang layak ! Bukan dengan emosi atau akal fikiran tapi aku undi dengan semangat cintakan negara ! Maaf , aku bukan ahli politik mana mana parti ! Aku antara insan yang berdiri atas pagar tapi punya pendirian... 

Katakan tidak pada UNDI ROSAK ! 

6 ulasan:

  1. saya pun sama - dulu tak kisah sangat pasal politik. sekarng baru celik mata. and ni pun first time nak mengundi. sebelum ni jahil. hahhaaha

    BalasPadam
  2. Samalah bukan penyokong mana² parti tapi akan mengundi demi tanggungjawab. Satu undi tu bakal merubah segalanya.

    BalasPadam
  3. Saya sayang negara. Mission saya Zero Vote For BN.

    BalasPadam
  4. InshaAllah akan balik Kelantan bila tiba hari mengundi nanti

    BalasPadam
  5. terasa malas nak mengundi, tapi itu tanggungjawab yang pasti undi adalah rahsia.

    BalasPadam
  6. kali ke 2 ina bakal mengundi.. nak pilih yang terbaik ajer

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.