PRU14 : Tips Mengundi Dalam Pilihanraya

Dilarang kita berhimpun di jalanan. Banyak perkara kita dilarang buat bila kita nak menunjukkan perasaan protes kita terhadap sesuatu perkara. Diminta bersabar dan luahkan pada hari mengundi ! Nah, bila tiba masanya.. krik krik.. Alasannya, jauh nak balik mengundi atau malas ! Tak sokong calon mana mana pun. Kesemuanya 'sampah'. 

Yer.. aku pernah berperasaan gitu. Dan setelah aku memahami dan mengetahui betapa pentingnya politik terutama di negara kita ni , aku nekad tak nak sia siakan undian aku. Dan buat pertama kali di PRU 13 , aku turun memangkah ! Nah , senang sangat pon. Tak perlu nak berbunuhan atau berperang demi memastikan 'kita' terus memerintah. Bukan apa... warga asing pun dah bersepah di negara kita ni dan mereka pun ada yang dah layak mengundi ! Bimbang satu hari nanti , mereka juga akan ada parti sendiri seterusnya meminta 'bahagian' mereka juga. Nah... ketika tu baru nak angkat sepanduk ?

Tak tau nak pilih sapa ? Tak pee.... Dapatkan tips dari Dr.Maza ni. Dia dah tulis dan bagi pendapat camana nak memilih calon Islam atau bukan Islam. Baca jer di artikal tulisannya yang bertajuk , Tips Mengundi Dalam Pilihanraya. Satu pendapat yang mudah untuk dibaca. 

Yang pastinya.. jangan sesekali meneruskan tidur anda di hari berkenaan atau merosakkan undi anda! Kuasa anda itu , dipersia siakan begitu saja. Tindakan kurang cerdik namanya. Tak kisah sapa pun yang menjadi pilihan , pastikan korang tunaikan tanggungjawab ni ! 



Wahai anak muda.... Hari ni anda boleh goyang kaki. Anda bujang ! Segala masih lagi mak pak tanggung. Jika bukan mereka yang tanggung , pastinya anda akan turun berjuang membuang undi tak kira berapa jauh sekali pun , itu adalah tanggungjawab kita semua ..sebagai rakyat memilih wakil rakyat korang untuk bercakap di dalam parlimen serta melakukan kerja kerja membangunkan tempat serta negara korang yang tercinta ni. Nak penyamun atau penyangak ke jadi wakil rakyat korang ? Haa... sila pilih. 

Akhir kata.. ayuh ! Turun dan tunaikan tanggungjawab kita bersama. Korang nak aku nyanyi lagu Mari Mengundi ke ?

Jangan lupa minum LazzCafe sebelum keluar mengundi. Kasi cerah skit mata supaya tak tersalah pangkah ! Hee... Camana nak order ? Order je di http://www.lazzdelivery.com/  . Hantar terus ke rumah. 

3 ulasan:

  1. Yup kewajipan dan tanggungjawab, satu undi tu bermakna!

    BalasPadam
  2. Bismillah..mengundi itu niatkan usaha kita untuk memilih dan menyokong..selebihnya tawakkal..kerana sesiapa pun boleh mengubah dan berubah...hr ini kita rasa dia baik ya kita pilih..jika kebaikkannya berterusan kita sama-sama nikmati pahalanya...seandainya baiknya dia seketika..itu biar dia dan Allah SWT yang menjawabnya....dan begitulah sebaliknya.Aminnnnn.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.