Qhaliff mudah hilang fokus ketika belajar ! Normalkah ?

by - Selasa, April 17, 2018

Aku ada tanya perkembangan Qhaliff di dalam kelas. Aku terima jawapan. Aku akui. Tapi sebagai bapa yang besarkan dia dengan tangan sendiri.. aku tau dia camna ! Sememangnya bila belajar di rumah pon dia begitu.. 30 saat pertama dia fokus kemudian terus main suka suka dia je sebut ! Bukannya dia tak tau pun cuma nampak macam dia banyak khayal ! Apakah ini normal ? 

Ok.. aku google dan jumpa satu blog yang cukup bagus infonya. Ternyata ianya benar sama sekali. Apa dah berlaku di Malaysia sekarang ni ? Apakah anak anak nak dijadikan ensiklopedia seawal usia 5 tahun ? Eh... mak bapak semua teringin nak jadikan anak mereka genius ? Yer.. betul tapi kita terlupa.. mereka itu masih kanak kanak dan mereka banyak bermain ! Berilah peluang untuk mereka bermain kerana di satu ketika nanti.. mereka akan bekerja hingga tua ! Kaan ?

Qhaliff.. dalam dia bermain , dia pasang telinga. Bila aku berbual dengan mak dia sekali pun, telinga dia senantiasa mendengar. Bermakna dia senantiasa belajar tanpa kita sedari ! 


Amatlah betul tulisannya. Tanpa kita sedari kita membunuh anak kita secara perlahan-lahan melalui mental dan juga fizikal ! Korang boleh baca terus di blog , Aidil Rajiah yang bertajuk Kenapa anak saya susah nak fokus

Secara jujurnya aku memang biar jer Qhaliff tu bermain tapi tekanan dari kiri dan kanan serta bila diberitahu di sekolah nanti.. darjah satu dah kena pandai membaca dan mengira ! Aduhhh. Ditambah lagi dengan peperiksaan serta tah apa apa lagi yang mana bagi aku .. kau giler kot !! Nak bebankan budak budak 7 tahun hingga 12 tahun dengan pelbagai mata pelajaran yang mana bagi aku macam nak buat budak tu jadi komputer ! Huhhh... bila diorang nak bermain ? Cuti sekolah ? Jadahnyaaa ! Ni aku geram ni ! Berapa ramai kanak kanak memberontak tanpa kita sedari ? Pastu disalahkan mak bapak ! Grrrr.. ni aku nak tulis panjang panjang ni ! 

Ok.. aku sabar. Di blog Sirap Limau ada bagitau tips bagaimana nak atasi anak payah nak fokus ni. Aku dah baca dan ianya menarik untuk dikongsi bersama. Namun aku masih tak berpuashati ! Hahahaha.. Kesian la kat anak anak kita tu. Memang la nak bagi diorang pandai tapi agak agak la kot. Aku malas nak cerita zaman dulu tapi letakkan diri kita dah la. Siang malam kerja.. larat ke ? Diorang siang dah belajar. Malam buat kerja rumah. Ada pulak malam ,siap tuiysen lagi ! Hurmm.. memang seronok tengok anak berjaya tapi ada kita tau apa perasaan diorang ? 

Entah la.. mungkin aku terlebih emosi. Tapi bagi aku , kementerian perlu buat kajian semula. Kembalikan kegembiraan anak anak kita. Mereka seronok ke sekolah. Bermain dan belajar... Bukan tertekan ! Sebut je sekolah , boleh jadi hulk ! Huhuhuh.. 

Sebab tu dalam seminggu , Qhaliff akan ponteng sehari. Heeee.. Dan ada yang aku gi amik dia balik awal. Sian gak. Huhuh.. Bukan manja tapi kesian. Mereka masih kecil. 

You May Also Like

11 comments

  1. Memang pun...Belum lagi sekolah rendah nanti, memang nak taknak kita kena ajar anak2 kita pandai membaca dan mengira sebelum sekolah rendah nanti. Nak buat macamana kan, dah tu sistem pendidikan kita sekarang. Anak2 macam takde life..

    BalasPadam
  2. BERUBAH MENGIKUT ZAMAN. MASA JM DULU SEGALANYA DILALUI DENGAN RELA WALAU TERPAKSA. ALHAMDULILLAH DAPAT DI LALUI WALAU TIADA REZEKI ...

    BalasPadam
  3. terlalu banyak silibus dan tekanan yg diberi pada budak-budak kecik ni. kesian sgt

    BalasPadam
  4. 3 anak akak masuk sekolah integrasi. Dari awal pagi dah keluar rumah dan tiba rumah dah malam. Pukul 10, 11 malam baru nak buat homework. Akak biar mereka tidur kalau mengantuk. Akak tolong buat kerja rumah tu dengan menulis agak perlahan so dia orang boleh tulis balik dengan tulisan mereka dan senang padam tulisan akak. Hampir semua homework disiapkan dlm kereta on the way ke sekolah. Bukan nak ajar mereka meniru, tapi dah terpaksa. Janji kerja rumah siap. Waktu hujung minggu baru cover balik supaya mereka faham pelajaran mereka. Quality time. No pressure. Alhamdulillah mereka mudah faham bila kita mengajar dengan santai dan tanpa tekanan. Dan nasihat akak pada anak-anak, enjoykan diri semasa belajar di sekolah. Sekolah hanya asas. Dunia kat luar lebih mencabar.

    BalasPadam
  5. Kadang2 kesian jg tgk life anak2 sekarang. Semuanya kena pantas dlm pelajaran.

    BalasPadam
  6. Ben, juju setuju sangat, silibus yg paksa otak anak-anak ni menjadi tua sebelum usia, mereka mcm di terhadkan dengan konsep bermain sambil belajar...jgn bunuh masa mereka kerana paksa nak cepat membaca...takut ketinggalan apanya...dulu kita semua pernah jadi budak-budak kan...ada kita suka kena paksa membaca awal?

    Jadi biarlah anak2 ini ada masa dgn dunia mereka...cukup2 sudah dengan pecutan sana sini berlumba nak jadi pandai...pandai bertempat la kawan.

    BalasPadam
  7. Setuju tapi terpaksa...zaman semakin berubah. Cari pendekatan yang boleh buat anak ikut kita dan bukan cara kita tapi cara dia..sebab kita yang kenal dia..

    BalasPadam
  8. Setuju dengan aben.. Suka tengok ada member dok oversea anak2 diorg play and learn. Belajar skill lagi banyak compare dengan akademik. Bila la Malaysia nak jadi camtu.

    BalasPadam
  9. Yesss! dunia sekarang memang kejam.Anak ina pun,seolah stress je dia kat sekolah. Baru terfikir nak hantar tuisyen..huhuhu.Malam kena hantar kelas mengaji pula.Macam takde masa langsung dia berehat.

    BalasPadam
  10. Mcm Lynda, anak hanya belajar di sekolah. Sbb cikgu ada cara mengajar. Balik rumah, boleh je nak free and easy. Tp tetapkan had. Lepas abis main game etc, main permainan. Insha allah anak lebih fokus dan bg dia peluang buat apa dia suka. Tp orientasi pelajaran Malaysia memang kena ubah utk berorientasikan kehidupan. Bukan peperiksaan

    BalasPadam
  11. Sebab tu saya tak akan paksa anak sangat untuk study, takde hantar tuisyen bagai. Cukuplah mereka terbeban dengan pelajaran di sekolah dan homework yang banyak. Untuk ulangkaji di rumah saya tak tetapkan pun masa atau bila, biasanya anak² yang akan datang bawak buku dan cakap, mama nak ulangkaji!

    BalasPadam