Rampai Puteri Medical Centre : Tonsil menghantui 3 beradik !

by - Selasa, April 03, 2018

Zahra dan Aariz lak demam. Dua minggu lepas , Qhaliff. Segalanya kerana tonsil ! Aku bawa mereka ke Rampai Puteri Medical Centre. Sanggup aku dari Sepang ke Setapak ! Kenapa ? Layanan doktor yang cukup profesional dengan harga yang berpatutan. 

Bayangkan , tiap kali aku ke klinik biasa... duduk tak samai 5 minit , dah selesai pemeriksaan. Kita bagitau punca dan mereka tengok. Done ! Eh.... tak check ke kot kot ada tanda tanda lain yang ibu bapanya terlepas pandang ? Tapi di Rampai Puteri Medical Centre , doktor memeriksa dengan cukup teliti ! Sebab tu aku berpuashati.  Jauh pun jauh laaa... janji anak anak sihat !


Ramai pesakit walaupun dah malam hari. Ternyata Rampai Puteri Medical Centre ni dah jadi pilihan ramai termasuk 'orang luar'. Layanan kakitangan mesra dan senantiasa tersenyum. Tak macam ada satu klinik aku gi tu.. muka macam aku gi lawat rumah mayat jer ! Adehhhh...

Demam tapi bergaya tu wajib ! 


Mengambil data 

Doktor sedang 'menyiasat' punca. Dan confirm , ketiga tiga ada masalah dengan tonsil ! 

Melarikan diri. Doktor bangun dan teruskan pemeriksaan dengan penuh sabar.

Ubat diberikan

Ubat demam dan anti biotik. Jika demam berlarutan atau kembali demam disebabkan tonsil , doktor mencadangkan pembedahan dilakukan.  Kalau tidak , bila mereka bersekolah nanti , akan kerap demam. Hurmmmm. Tak pe.. tengok camana dulu. Harapnya ok la pasni. Kena banyakkan minum air dan pengambilan vitamin C untuk elakkan tonsil dijangkiti virus. 

Terima kasih Rampai Puteri Medical Centre atas layanan yang diberikan terutama Dr. Adinie yang cukup sabar dengan karenah anak anak aku. Aduh , aku sendiri pening tengok diorang huru hara kan bilik doktor !

Lawati web https://rampaiputeri.com/

Facebook :  https://www.facebook.com/rampaiputerimedicalcentre/ 

No Tel : +603-4131 2039 (Clinic) / +603-4144 4831 (Office)

Email : admin@rampaiputeri.com

Alamat : No 9 & 11, Jalan Seri Rejang, Rampai Business Park South, 53300 Setapak, Kuala Lumpur Malaysia

You May Also Like

10 comments

  1. Kawan PC pun ada tonsil..makcik PC juga...lazimnya kerap demam batuk selesema...kemudian tonsil merah membengkak...cara meredakan makan aiskrim..biasanya yang plain (perisa vanilla)..kalau operation buang pun...nak bagi kecut dan pemulihan juga salah 1 caranya mkn ais krim...kalau tak silap,yang ada tonsil ni makanan pedas masam kena elak..

    BalasPadam
  2. bagus betul klau ada doktor yg sabar dengan kerenah budak. good one!

    BalasPadam
  3. Demi untuk nak bagi yg terbaik untuk kesihatan anak-anak.. Jauh pun jauhla kan.. Apatah lagi bila fapat layanan yang memuaskan dari Doktor dan staff2 yang ada..

    BalasPadam
  4. semoga cpt smbuh zahra , qhalif, aariz ..

    BalasPadam
  5. tak ralat bila ke rampai puteri.Teliti betul pemeriksaan tu..boleh war-warkan kepada yang lain

    BalasPadam
  6. Jauh pun berbaloi dengan kualiti yang diberikan. Semoga Zahra dan Aariz cepat sembuh.

    BalasPadam
  7. Bila bawak anak kecil tu dpt doktor yg penyabar mmg satu bonus, kita rasa legaaa

    BalasPadam
  8. Jauh pun tak pe abg ben. Janji berbaloi dan yg penting kesihatan anak2. Yanie mmg suka dgn perkhidmatan yg Rampai Puteri berikan. Jauh pun berbaloi..

    BalasPadam
  9. Klinik bagus camni, jauh dari rumah pun berbaloi pergi.

    BalasPadam