Episod memujuk anak ke sekolah kembali bermula...

by - Isnin, Jun 25, 2018


Hurm.. pagi pagi buta dah buat aku jadi Hulk. Qhaliff dari semalam dah tanam cita cita untuk tidak bersekolah hari ni. Dia dah pakat menangis tanpa henti sebelum tidur. Huhuhuh.. Entah kenapa berat sangat dia nak ke sekolah walhal sebelum ni ok jer. Tapi aku rasa aku tahu. Mak dia pun tahu. Dia rendah diri. Kawan kawan dia katanya , jauh lebih pandai dari dia. Baca buku Peter And Jane  sampai ke buku 9 tapi dia  tak lagi ... Huhuhuh. 

Bukannya dia tak kenal huruf dan tak boleh baca lagi.. Boleh jer tapi dia punya fokus bila membaca tu suka lari. Dalam kepala dia nak bermain jer. Kalau suruh bermain, dia hidup segar bugar ! Hehehhe.. Tu perangai aku tu. Aku suka membaca setelah suis aku berjaya arwah ayah jumpai. Dan aku jadi ulat buku sejak tu. Cuma aku ni bukanlah terdiri dari insan bijak bijak dalam peperiksaan. Namun aku bersyukur , aku berjaya gunakan kebijaksanaan aku yang sedikit tu untuk membantu insan lain. Tu yang penting ! Bukannya gunakan ke arah yg salah. Kan ? 

Ahaa... pagi ni. Seperti yang diduga... dia memang buat hal. Tak nak gi sekolah. Teringat aku waktu aku seusia dia. Tak nak gi sekolah... Apa jadi dengan aku ? Hahahaha.. Aku berlari bogel satu taman di kejar dek arwah ayah aku sebab tak nak gi sekolah. Selepas tu, aku insaf. Hahahaha.. Puncanya apa? Aku rabun. Tak nampak sangat apa cikgu tulis kat papan hitam ( waktu tu ) . Selepas pakai cermin mata , barulah aku rajin. Heee..

Kesian tu kesian la... tapi apa nak buat. Hanya ilmu jer boleh aku bekalkan kegunaan dia nanti. Nak bagi harta melimpah ruah , kalau tak berilmu pun tak guna gak. Kang asyik dok kumpul beg Berkin jer ! Hurmm... 


Tak pe la... biarlah dia kena marah sekarang dari kena marah kemudian hari. InshaAllah , nanti ok la tu. Kena cari tips atau doa untuk diamalkan bagi lembutkan hati dia dan kena bagi dia tabah menghadapi guru guru yang  tegas dan garang. Heeee..

Harap takda drama depan tadika dia nanti. 

You May Also Like

4 comments

  1. anak ina,pernah tamau ke sekolah.MAin main nak bersiap,lastmnya..lambat ke sekolah hantar dia.

    BalasPadam
  2. Mood cuti raya ada lagi ya Qhaliff..

    BalasPadam
  3. hehehe.. biasa tu. kdg2 tdo x cukup pn leh jd faktor dorg amuk. so hannah ni mmg wajib masuk tdo awal.. sblm pagi tu mommy jd hulk 😂

    BalasPadam
  4. Nasib anak kita tak drama pagi tadi,semua bangun awal.

    BalasPadam