Barulah terasa seperti balik kampung ! - BEN ASHAARI

Barulah terasa seperti balik kampung !

Teringat masa kecik kecik dulu... bila cuti sekolah je baru dapat bermain meriah beramai ramai. Berkumpul beramai ramai... ada je permainan tradisional dimainkan. Konda kondi , rondas , guli , gasing , galah panjang , baling selipar , bola chop... dan banyak lagi ! Dan masa ni gak laa... dapat tengok awek cun cun balik ke rumah atuk nenek dia. Antara awek cun yang jadi rebutan ialah adik Noraniza Idris. Hahahahaha.. Ala , zaman budak budak. Gitulahhh... 

Sekarang..Zahra dan Qhaliff lak. Kat umah mak aku ni la baru diorang dapat main kat padang yang luas. Nasib baik DBKL dah 'hold' dulu pembinaan kondominium di kawasan ni. Alhamdulillah. Ada padang jugak untuk diorang bermain.



Malam... main bunga api beramai ramai. Cuma yang ni aku kena jaga skitlah. Tak kasi nak main sebab kecik lagi. Diorang pun takut takut gak nak main.

Ada hikmah gak mak diorang gi outstation. Dapat duduk lama skit kat 'kampung'. Heee..

6 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.