Jangan kita suka gelakkan orang ! Buruk padahnya..

by - Rabu, Jun 20, 2018

Nahhh... kelmarin aku gelakkan orang yang tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas. Ecceceeee... kononnya bila aku balik pada hari orang bekerja , jalan confirm clear punya laaa ! Siap up status gituuu... Nah , Allah bayar cash kat aku , malam tadi. Huhuhuh... Baru padan ngan muka aku. 

Ceritanya gini.. Hehehe... Selepas puas beristirehat di Ulek Beach Resort, Dungun.. aku bertolak ke Cherating dulu. Nak membeli keropok lekor dan sebagainya di sana. Best lepak kat Ulek Beach Resort tu. Hilang stress gitu.. hehehee..


Seperti biasa , aku gunakan Waze. Dari Dungun ke Cherating , aku gunakan jalan Pantai. Tak nak ikut LPT. Bosan ! Aku mudah mengantuk bila ikut highway. Hehehehe.. Dengan cuaca yang panas terik lagi , confirm akan buat aku tersengguk sengguk punya. 

2 jam perjalanan. Segalanya nampak ok. Cuma kereta je banyak laa... Perjalanan tidak begitu lancar.  Singgah membeli di Kemaman termasuk ke Kuala Kemaman. Nak beli ikan tapi ikan takda.. Nelayan cuti raya lagi kot ? Heee...

Dan dari sana tu la bermula segalanya. Aku isi minyak penuh penuh . Dengar khabar di RnR orang beratur panjang nak masuk isi petrol. Huhhh.. kaya tokey stesen. Huhuhuh.. Aku pun redha je la. Dalam hati nak semalam lagi di mana mana resort terutama di Cherating tapi ada kerja menanti di rumah lak. Nak tak nak , kena balik.

Masuk ke LPTmelalui Gebeng. Jalan masih lancar. Dan segalanya bermula di RnR pertama. Kereta banyak kaauuu berhenti berehat. Aku terpaksa berhenti jap. Sakit kepala datang menyerang kembali. Tak tau apa punca. Tak cukup tidur ? Mungkin gak la.. Terlebih budu punya ya gak.. Hurmm.. 

Nak lelapkan mata.. tak boleh pulak. Anak anak buat 'show' dalam kereta. Aku hidupkan kereta kembali dan bergerak. Seperti di khabar angin.. memang stesen minyak penuh dengan kereta. Beratur panjang kau naakkkk ! Aku lega. 

Jangkaan perjalanan melalui Waze , 3 jam ! Kemudian bertambah ...dan makin bertambah. Waze suruh 'lari' ikut Jalan Karak Lama. Aku pandang wife. Tengok jam. Dah lewat. Ketika tu dah jam 9 lebih malam. Jangkaan sampai ke rumah , kul 12 lebih. Aku nekad. Redah. Dan dalam kepala , terbayang cerita hantu KARAK. Adoiiii... 

Berhenti isi petrol walaupun masih banyak . Aku tak nak amik risiko. Dan di sini aku terlanggar bahangian tepi batu di pam minyak. Ada pemandu tegur. Katanya tayar kereta aku koyak ! Ahh , sudahhhh ! Takkan aku nak masuk ke Karak Lama dengan keadaan tayar gitu ! Kalau bocor camana? Wife dah muka kelat .Aku suruh banyakkan berdoa. Aku check tayar tu. Ada sedikit 'kecacatan' tapi  ok. Tayar aku beli tu , bukan tayar seringgit dua ! Mahal okkk ! InshaAllah tahan punya.


Sepanjang jalan di Bentong Lama menuju ke Karak Lama tu , gelap gelita. Tapi Alhamdulillah, banyak kereta menemai kitorang. Tak la sunyi pun. Kalau bocor pun , inshaAllah ada yang sudi tolong... kan kan ? Banyak kereta 'breakdown' di highway semalam. Kesian.

Dan di satu batang jalan , aku tengok banyak kereta . Apahal ni ??? Jadi merah di dalam waze. Takkan kot ? Aku bukak tingkap. Tanya kat pemandu di bertentangan jalan. 

" Nape bro ? " . Tanya aku. 

" Jambatan runtuh. Semua kena patah balik. ". Jawab dia.

Allahu Akhbar. Lagi beberapa kilometer dah nak masuk Gombak Lama. Adeh.. kena naik balik ke highway dan kembali join jemaah yang lain. Huhuh.. 

Tengok Waze. Kesesakan dijangka dalam 98 minit ! Di dalam hutan !! Dengan anak anak merengek lapar. Aku pulak dok menahan kencing. Berdoa lagi tayar kereta tak buat hal. Macam macam dalam hati. Tapi aku buat buat tenang. Nasib baik anak anak tak menangis. Pastu diorang tertidur. 

Sakit kepala aku hilang automatik. Dalam hati , kalau sampai rumah ni.. aku nak tidur sampai petang! Nasib laaa... Punca kepada semua kesesakkan ini dikatakan dari kemalangan sebuah bas ekspress yang mengorbankan seorang  penumpang dan 41 orang lagi cedera. 


Aku matikan aircond. Cuaca dah sejuk. Terpaksa jimatkan petrol. Takut takut keadaaan hingga ke pagi. Ada beberapa ketika , jalan kembali bergerak dengan sedikit lancar. Ketika di keadaan ni , masing masing tak boleh pentingkan diri. Kena bertolak ansur. Pastinya dalam keadaan ini , setiap kiri dan kanan kita tu adalah kawan. Jangan sombong dan ego ! 

Selepas lebih setengah jam, aku kembali ke jalan utama. Kelihatan banyak kereta berhenti di tepi. Rupanya aku dah berada di laluan Janda Baik. Belum sampai ke Genting Sempah. Sejam lebih lagi. Kenderaan bergerak perlahan.

Aku kena fokus. Walaupun mata dah berat, kaki dan lenguh.. badan dah gatal gatal... aku perlu memandu juga. Kena pastikan semua selamat tiba di rumah. Tiba tiba aku teringat. Rupanya tayar aku tu , memang dah lama gitu. Mengimbas kembali kejadian , aku tak langgar pon cuma ternaik sedikit ke atas. Mana mungkin tayar aku tergores tepi ? Hurmmm... Terus lega aku.

Alhamdulillah... aku sampai di Tol Gombak dalam 12 lebih. Rupanya kemalangan tu dah clear tapi kenderaan bergerak perlahan sebab nak tengok kemalangan tu ! ARghhhhhhhhhhhhhhh ! Stressnyaaa.. Lepas dari tempat tu terus clear jalan.. Aduh , orang kita ni. masih tak berubah perangai! 

Dan sampai rumah... jam 1 lebih pagi ! Fuh..... Betul betul insaf aku. Hahahaa.. Lain kali , takmo dah gelakkan orang. 


You May Also Like

4 comments

  1. okey... insaf juga. Tak nak mengata orang dah.

    BalasPadam
  2. mencabar jugak perjalanan abang ben! Alhamdulillah semuanya selamat tapi kesian ramai yang stuck sebab ramai juga yang nak tengok kemalangan tu.

    BalasPadam
  3. moga ben sekeluarga dalam lindungan allah selalu..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah selamat jugak sampai. Saya nasiblah tak tempuh jammed pergi dan balik dr kampung.

    BalasPadam