Kali pertama , anak anak bakal ditinggalkan pergi..

Hurmm... sebelum kawin dulu , wife rajin laa 'terbang' ke sana sini. Ada je kena outstation. Lepas kawin , jarang sangat sangat dah. Bila dah ada anak , langsung takda. Sehinggalah anak 3 , barulah kembali dihantar pergi. 

Hari ni... bakal tercipta sejarah. 3 orang ni , aku kena jaga sendiri. Biasanya , wife jaga sendiri. Aku yang pergi meninggalkan mereka. Uhuk..... Ke mana ? Tu biarlah rahsia. Atas sebab apa ? Tugasan demi negara tercinta. Eceh... Bukan gi travel yer.. tapi kerja ! Aku pun relakan je sebab dia dah lama tak naik kapal terbang. Hahahaa. Dan ini pertama kali dia kena gi luar negara.. seorang diri ! 

Dan semalam... kitorang gi shopping beramai ramai. Syok ! Tiada lagi GST. 

Muka ketat. Terlepas sahur ! Huhuh... 

Selama 5 hari ni , nampaknya berkampunglah aku di umah mak aku. Sebab aku pun ada kerja nak dibuat beberapa hari tu. Maka mudahlah untuk aku. Tak payah nak ulang alik Sepang-Cheras. Penjimatan petrol dan tol juga di situ. 

Lagi pun.. aku tak rasa boleh jaga 3 orang ni sekali gus. Fuh , boleh mengelegak darah aku terutama dengan Aariz ni. Cukup suka la kacak kakak dia. Pastu kakak dia pun bantai la nangis. Bila kita marah dia , dia sorokkan muka ! Nah , gelagat gini akan dirindu oleh sang ibu nanti ! Hahahaha.. Pakat meraung la dia kat sana teringatkan si anak anak. 

InshaAllah.. segalanya ok. Hurmm..

5 ulasan:

  1. Sama laa. Yg kecik sekali suka nyakat kakak. Tapi kakaknya garang, bukannya melalak. Adik kena cepuk hehehe

    BalasPadam
  2. Sejak ada anak, Lynda pun tak pernah outstation lagi. Semoga dipermudahkan utk Ben, Kak Zila dan anak2.

    BalasPadam
  3. kenapa bunyi macam bapaknya yg bakal meraung jerrr yer....ahahahahaha

    BalasPadam
  4. takpe,lagipun aben sudah biasakan dengan anak-anak.Pasti boleh!! Aku bolehh!! Ehhh,tetiba iklan ape entah kat Tv tu..ekekeke.

    BalasPadam
  5. Kalau saya kena outstation memang hari² akan call, rindu anak oiii!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.