Lama dah aku usha IBNU SINA THERAPY EYEWEAR ni !

Sejak cecah 40an ni , baru terasa perubahan pada fizikal. Sendi, tenaga, otot, selera makan dan paling utama ialah mata...selain dari otak ! Hehehehe.. Semua mau kena jaga. Bagi aku yang bekerja sendiri dari rumah dengan menggunakan laptop dan telefon pintar ni , mata amatlah penting. Terasa keletihan mata bila memandu walaupun dekat ! Ngantuk pelik ! 

Aku pernah cuba pakai cermin mata Ibnu Sinar yang dikatakan bagus untuk mereka yang punya masalah dengan mata. Sejujurnya, aku terpegun bila memakaiknya. Jelas sungguh penglihatan mata aku. Bermakna , mata aku ni boleh diubati la tanpa cermin mata ! Huhuhuh.. Nak pakai spek selalu pun letih. Batang hidung pun dah berubah bentuk. Hahahaha.. 

Dan baru baru ni aku ke KB Mall , Kota Bharu. Ternampak booth Ibnu Sina. Aku nekad , aku beli dua terus. Untuk malam satu dan untuk rawatan mata. Yang untuk siang , aku pakai spek biasa je la. Sebenarnya spek malam tu pun leh pakai untuk siang gak. Cuma penglihatan jadi kuning je la.. Hahaha.. 

Harga promosi , RM150. Boleh laa  kan ? Dari aku beli harga beribu tapi abis dibelasah dek anak aku buat main jer! Huhuh.. 



Ternyata berbaloi. Sehari , yang untuk rawatan ni aku cuma perlu pakai 15 minit jer. Terasa perubahan la jugak. Tak la letih dah mata. Yang kuning ni aku pakai siang dan malam. Takda risau dah dengan silau matahari. Huhuh.. Alhamdulillah. Nekad beli ni. Lama dah aku perhati.. hehehe.. 

Nanti nak beli yang siang. Cantik design dia. 








2 ulasan:

  1. Teringin nak beli gak lah, mata ni tiap tahun kena buat spek baru asyik naik power ja.

    BalasPadam
  2. Saya pun tak tahan silau kalau memandu, bagus jugak kalau beli ni.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.