Punca aku kembali gilakan bolasepak !

Hehehe.. aku lama dah tak layan bola ni. Tak kira la dalam atau luar negara. Kalau nak layan pon sekadar layan video babak jaringan gol atau masa gaduh ! Hehehee.. Nak layan game sepenuh masa , tidak la sama sekali. Bosan bagi aku. Heeeee.. Jangan marah aaa..

Tapi segalanya berubah bila aku terinstall satu game Android ni. Adehhh.. Terjebak aku dah. Walaupun aku bukan selalu main game tu tapi bila nak main , aku kena pikir taktik untuk jaringkan gol. Memang mudah tapi tak semua taktik dapat jaringkan gol. Heeee... 

Dan disebabkan game ni la aku 'beli' World Cup kat Astro. Kalau tidak , JANGAN HARAP laaa ! Er, game apa aku main ? 



Dan buat pertama kali , aku tengok abis game yang tidak melibatkan pasukan yang aku minat, Brazil. Hehehehe.. Aku layan game Russia vs Arab Saudi dan sebentar tadi , Uruguay vs Mesir. 2 game yang menarik bagi aku. Aku rasa World Cup kali ni memang best. Tak macam World Cup di USA bertahun dulu. Hampehhh... Seri memanjang. 

Ok.. nak sambung tengok lagi. 

1 ulasan:

  1. Saya suka jugak layan, terutama games yang best!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.