Seluar Jeans Aprilla ni bikin kacau sungguh laa !

Kali pertama aku tengok di Freeport A'Famosa Outlets , aku macam tak percaya je harganya yang mampu beli. Ok la gak harganya. Murah dari Levi's. Cuma aku tak tau lagi kesedapan bila memakainya. Bagi aku , Levi's masih di hati. 

Tapi segalanya berubah ketika aku berjalan jalan di KB Mall. Ternampak lagi booth Aprilla. Tetiba teringin nak cuba pakai. Tengok cutting dia cam cun je ngan aku ! Huhuhu.. Harga dalam RM200++..jer ! Heheee... Teringin punya pasal. 


Lepas cuba pakai.. Wowww ! Aku rasa sedap giler . Cawat dia pun tak menyusahkan hidup aku. Hahahaha.. Aku tengok kat cermin. Hurm.. Smart. Sesuai dengan aku. Aku ingatkan dia sendat cam seluar orang muda skang ni. Hahaha.. Rupanya tidak.

Terus aku angkut satu. Masa bayar , rupanya ada diskaun. 50% ! Wahahaha.. Jadi harganya dalam RM112 jer ! Huhuhuh... Tak de la nak kena jeling ngan bini di rumah nanti. Hee... Bukan takut.. malas nak dengar bebel. Heee..

Dan di hari raya.. aku bergaya.. Segak kan? Hehehe.. 


Nanti nak beli sehelai lagi sebelum balik KL. Lalalalalaaaa...

7 ulasan:

  1. Bergaya di hari raya!
    hehee.
    Selamat Hari Raya abang Ben.
    Maaf Zahir & Batin.

    BalasPadam
  2. Itu yang suka, bila pergi bayar baru tahu ada diskaun lagi.

    BalasPadam
  3. Uish murah. Tak familiar ngan brand ni, leh suggest kat hubby i.

    BalasPadam
  4. Murahlah tu, berbaloi dengan kualiti.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.