Semangat Aidilfitri dan Piala Dunia !

Alhamdulillah.. berlalu sudah Ramadan , Syawal menjelma. Semoga ibadah kita diterima Allah dan kita meneruskan segala kebaikan yang kita lakukan ketika di bulan Ramadan di bulan bulan seterusnya. Jangan sekadar 'baik' di bulan Ramadan saja yer.. 

Aidilfitri kali ni banyak perbezaannya. Di kaca television , kelihatan Tun Mahathir 'kembali' berucap dengan penuh machonya. DYMM Agong , dengan pakaian yang santai tapi tersergah 'auranya' yang mengagumkan. Dan pastinya , kita kembali ceria menonton tv tanpa rasa 'bengang' lagi... hehehe.. 

Anak anak pun dah semakin membesar. Makin meriah rumah tok mereka. Bermain , bergaduh. menangis... tu biasa dah. Makanan pun penuh di atas meja tu. Hehehe.. Aku berusaha untuk kurangkan makan. Teruskan semangat Ramadan. Makan ala kadar !


Dan tiada sarkas di Aidilfitri ! Diganti dengan World Cup Fifa 2018 Russia ! Hahahaha.. Bapak bapak mengadap tv bila petang menjelma. Jangan diusik tv itu ! Jika anak anak berkeras , maka dikeluarkan telefon pintar , layan kat handphone je la jawabnya... kan kan ?

Tak kira la apa sekali pun semangatnya , suasananya... yang penting kita raikan dengan penuh keinsafan, kegembiraan dan jangan dilupakan mereka yang tersayang. Bermaafan sesama kita. Lemparkan senyuman dan berlapang dada. Chilll sudah ! Entahkan ini Aidilfitri kita yang terakhir, sapa tau ? Maka manfaatkanlah.

Pada rakan rakan pembaca blog , andai tulisan aku selama ini ada yang buatkan korang terasa , terguris di hati , maafkanlah aku yer.. Hehehe.. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah hendaknya. 

Selamat Menyambut Aidilfitri !

" Semoga Allah menerima puasa kita dan menjadikan kita kembali ( dalam keadaan suci) dan termasuk orang - orang yang mendapat kemenangan. "

Tiada ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.