Takkan mampu puaskan hati semua orang !

by - Isnin, Jun 18, 2018

Pertanyaan spontan yang berbekas di hati aku. Masih sentap dan berbisa walaupun berbelas jam sudah berlalu. Nak dibalas , kang kata kurang ajar. Nak dibasuh kang , takut tersentap. Mampu senyum dan mengiyakan. Bukan bererti kita kalah tapi sekadar hormat mereka itu tuan rumah atau tetamu yang datang. 

Masih teringat lagi... saat aku beritahu pada arwah ayah yang aku nak berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa... bukan arwah saja yang tidak setuju malah ramai lagi. Katanya apa yang aku buat ini tidak menjamin masa hadapan. Bekerja dengan kerajaan lebih selamat. Biarlah gaji kecil tapi pelbagai keistimewaan tu ada. Tapi 2018 dah buktikan , kerja ngan kerajaan pun belum lagi terjamin. Gaji kecil bukanlah masalah tapi tidak mencukupi untuk membesarkan 3 orang anak di zaman ini. Kena buat kerja sampingan untuk menambah pendapatan. 

Aku nekad. Aku buktikan. 


Aku menjadi ' suri rumah tanggaa' sepenuh masa. Ada yang memandang sinis. Ada yang anggap aku makan gaji bini jer. Pelbagai tanggapan , aku hanya mampu tersenyum. Diorang tak tau dan aku tak perlu cerita apa apa pun walaupun mulut ni ringan nak membalas setiap pertanyaan. 

Geram. Masih terngiang ngiang di benak aku ni persoalan yang dilemparkan. Apakah perlu aku bertali leher untuk bagitau yang aku ini bekerja dari rumah ? Atau bila memandu kereta BMW , baru nak percaya yang aku ni 'ada kerja' ? 

Hurm... tak pe ! Tak guna nak sentap. Kita pandang positif. Biarlah. Asalkan anak anak kita tidak kebulur. Tidak mengharapkan ihsan orang untuk hidup.... syukur sudahlah. Biarlah apa orang nak kata. Sampai bila bila kita tak mampu puaskan hati orang.


Senyum jer. Tak rugi apa apa. 

You May Also Like

12 comments

  1. Masa depan kita, kita yang tentukan.

    BalasPadam
  2. Kalau dengar sangat cakap orang pun belum tentu jadi apa.

    BalasPadam
  3. Bhai Ben...

    Bertabahlah.... huhuhu

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    BalasPadam
  4. bgs pendirian abg ben. masa dpn dtentukn dri kita dngn izin Tuhan. Bla rajin berusaha maka rezeki ada dmana2.

    BalasPadam
  5. Yeah, Aben dah berjaya buktikan dan buka mata bagi mereka yang memandang serong pada lelaki yang tidak bekerja.

    BalasPadam
  6. Rezeki bukan ada kat office je, mana-mana ada. Abaikan.

    BalasPadam
  7. Perghh ben memang mantap dari dulu .. hebat kekal hebat. Sehingga kini masih ada kekaguman.

    BalasPadam
  8. Biasalah, kdg pemikiran org gitulah..kena ada payslip tiap bln baru anggap bekerja. Dia tak tau yg 'sura rumah' ni kdg income nya lagi hebat dr yg makan gaji kat opis tu.

    BalasPadam
  9. saya pun sentap jugak bila ada yang 'tanya/kata' macam tu. huhu

    BalasPadam
  10. Dalam blog pun ben masih menjaga aib seseorang yg berkata sinis...well done ben, dalam senyap buat kebaikan Allah balas lebih lagi rezeki.

    BalasPadam
  11. alhamdulillah..suka baca kisah kejayaan aben macam ni.. seronok dan positif

    BalasPadam
  12. Takpe, aben dah buktikan mampu berjaya walaupun hanya surirumah yang bergelar blogger!

    BalasPadam