Aariz buat hal lagi !

by - Selasa, Ogos 28, 2018

Hari ni aku ada kerja luar. Terpaksa ke Cheras yakni rumah mak aku sekejap. Tinggalkan Zahra dan Aariz pada mak aku dan aku ke lokasi majlis. Seawal pagi jam 6 aku dah bertolak dari Sepang. Hujan mencurah dengan tiba-tiba. Aku kena pandu dengan lebih berhati hati. Nasib baik pemandu di MEX pagi ni bagus sekali. Masing masing menjarakkan kenderaan. Tidak ikut dengan rapat. Memandu dalam keadaan selamat. Tahniah buat anda.

Sampai rumah mak aku.. aku turunkan Aariz dulu dari kereta. Kemudian kereta dikunci. Masukkan dia ke dalam bilik mak aku. Kelihatan sepupu Aariz pon dah bangun tidur.Aku letak dia sebelah menyebelah. Kemudian aku keluar. Sebelum tutup pintu aku pandang muka Aariz. Dia tenang jer.

Aku kembali ke kereta. Zahra masih lena dibuai mimpi. Aku dukung dia ke bilik adik aku. Letak dia dalam bilik. Kemudian keluar semula ke kereta untuk amik barang barang lak. Tiba-tiba makcik yang juga jiran aku memanggil aku.

" Ni anak kau kan ? ". Tanya dia. Kelihatan ada seorang budak setinggi Aariz di sisinya. Aku pandang dengan pandangan kehairanan. Aku tak pakai cermin mata. Tak jelas.

" Dia tak perasan la tu. Tak pakai cermin mata. ". Seorang lagi makcik bersuara. Aku berjalan menghampiri mereka.

" Yaaaa Allah. Masa bila dia keluar ? Adoiiii.. Dah letak dalam bilik kot tadi. ". Terbeliak mata aku tengok Aariz. Dia , dengan muka seposen tanpa rasa takut dan bersalah sama sekali.

" Dah sampai ke sana dah dia. Pastu Acik nak amik dia , dia lari.'. Ceritanya lagi. Aku mampu geleng kepala. Aku ucapkan terima kasih dan masuk kembali ke dalam rumah. Kelihatan ramai dalam rumah dan terpinga.

Bila masa dia keluar ??? Makin nak cecah 2 tahun ni , makin banyak lak perangai ditunjukkan. Adeh. Kena kunci pintu dah sekarang ni. Tak boleh percaya dah kat dia.

Aariz, setahun usia.

You May Also Like

5 comments