Dia tak kisah pun mak dia keluar ! - BEN ASHAARI

Dia tak kisah pun mak dia keluar !

Tiba-tiba umah senyap sunyi. Mata aku masih memandang ke television. Sesekali terlelap gara gara bangun terlalu awal dan kepenatan bersenam di gym. Tiada lagi suara Qhaliff dan Zahra. Aariz masih bermain di sebelah aku. 
Teringat yang wife kata dia nak gi beli ayam. Qhaliff teringin makan ayam. Budak demam katakan. Boleh demand macam macam. Aku syak wife bawak Qhaliff dan Zahra. Tiba-tiba Aariz pun senyap. Aku pasang telinga. Aariz ada di luar rumah. Dia menolak kereta mainanya. Apakah wife dah balik ? Tapi kenapa tiada suara abang dan kakaknya ???? 

Aku bangkit dan ke pintu. Pagar grill berkunci ! Eh , apakah mak dia bukak pintu tadi ? Aariz pandang aku dengan muka penuh kebanggaan. Apakah ?? Aku bukak pintu dan gi amik Aariz. Dia nak melarikan diri. Amboiiii... 

Bawak masuk dan kunci semula grill. Aariz muka tenang. Aku lepaskan dia. Ke dapur jap aku untuk mengambil air. Tiba-tiba aku nampak sesuatu. Yer, dia pernah buat sebelum ni ! Adoiyaiii.. dia ni kan. Berani pelik laaa.. Hanya dia saja yang beraninya di luar jangkaan aku. Huhuhu.. 

Cepat cepat aku capai telefon pintar aku. Nak amik gambar sebagai bukti yang dia memang boleh loloskan diri melalui grill tu ! 



Wife balik.. aku tunjukkan gambar ni. Dia kata sebelum keluar rumah , dia tutup daun pintu sekali. Bermakna Aariz dah boleh bukak daun pintu sebelum meloloskan diri melalui lubang di grill tu ! Amboiiii.. kecik kecik dah pandai lari rumah yer  ! Huhuhu.. 

Nampaknya kena buat sesuatu dengan grill tu.. Hurmm... 

6 ulasan:

  1. Bijak..pantas..cool..Aariz...Aariz..

    BalasPadam
  2. hahahhha... kuruslah daddy lepas ni

    BalasPadam
  3. Bahaya gak ni kalau letih tertido lupa kunci daun pintu tu huhuuu

    BalasPadam
  4. Bahaya tu klau Ben terleka...Jenuh daddy dia nak renovate pagar lain.

    BalasPadam
  5. Bijak betul dia, kena tukar design baru grill tu.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.