Aku , yang malas nak 'bercampur' manusia lain dah !

by - Selasa, Ogos 21, 2018

Aku dah berusia 43 tahun. Mula berjinak jinak dengan dunia maya , sejak aku belajar komputer selepas abis SPM. Masa tu belajar basic komputer seperti Word Star , Lotus 123 , Dbase dan DOS. Minat aku mengenai komputer menyebabkan aku sambung belajar dalam dunia komputer. Masa tu barulah aku mengenali dunia internet.

Segalanya masih segar dalam kepala aku. IRC, ICQ, Yahoo Messenger... dunia aku. Ramai kawan kawan dunia maya. Macam macam perangai ada. Ada yang kaki cintan.. kaki hacking.. macam macam kaki la ada ! Aku ? Hahahaha.. Dalam usia 20 an gitu , memang macam macam la terjadi kat aku. 

Join gathering chatters sana sini. Jumpa awek sana sini. Gi sampai ke Johor untuk lepak dengan geng IRC. Fuhhhh..dasat ! Menyeronokkan. Dan seperti biasa... dalam ramai ramai , ada jugak kaki cantas..kaki tikam belakang ! 

Aku tinggalkan semua tu selepas beberapa tahun aku menganggur. Hurmm.. Zaman kejatuhan ekonomi di hujung tahun 90an. Kemudian aku kembali berjinak semula tapi tak serius. Aku ajar rakan rakan bujang yang juga cikgu sekolah mengenai chatting. Mencari jodoh di internet. Hahahaha..Alhamdulillah , berbaloi gak la.. 



Tapi aku tak berminat nak join gathering atau ada kumpulan di internet. Malas dah. Masa tu aku tak berminat lagi dengan blog. Sehinggalah aku mengenali wife aku di Meebo yang mana masa tu dia menggunakan nick serupa dengan nama aku yakni Miss Benz. Auuuw ! Hahaahha.. Sekadar tegur dan berbual. Hehehhe.. 

Dan dah ditentukan dialah jodoh aku. Beberapa bulan selepas tu , menikah laaa.. Er, lama gak. Setahun berkawan gitu. Selepas berkawin , aku nekad tak nak sentuh dah internet. Tapi wife aku dok bising aku mengadap tv memanjang... dia kata nak buat blog. Nah , tak pasal pasal aku terlibat kembali dengan dunia maya.

Dan hari ni , hampir 10 tahun aku dalam dunia maya yang semakin moden dan mencabar. Pelbagai pengalaman dah aku rasai. Tapi yang tak berubah ialah perangai manusia. Tikam belakang walaupun bersahabat. Nah , itu yang buatkan aku .. hari ni terkilan dah nak join apa apa jua event yang melibatkan ramai bloggers ! Kecil kecilan ok la.

Aku bukanlah nak kata aku bagus tapi entah laa.. aku malas dah nak kecewa. Mungkin dah tiba masa aku mengubah haluan aku ? Hurmm.. hanya masa saja mampu tentukan.

You May Also Like

9 comments

  1. kita hampir sezaman Ben...zaman IRC..mesti Ben pun pernah masuk Maharani gak kan...

    BalasPadam
  2. Pertama kali tahu Meebo hahahaha

    BalasPadam
  3. Tak pernah pegi mana-mana gathering dulu. Mak tak bagi. Huhuu...

    BalasPadam
  4. Zaman PC pun ada YM tu...kalau tak tahu kena booooo dengan kawan-kawan...

    BalasPadam
  5. Sabar yolah.
    Itulah kadang-kadang kawan yang kita nampak naif tulah yang licik sebenarnya.
    Eh! sama zaman la... hahaha.... #1975

    BalasPadam
  6. wow suwit nye sama nickname ye dgn isteri hehe

    BalasPadam
  7. hahaha..... apa lagi.... lepak anjung cafe jerrr laaa hehee

    BalasPadam
  8. Dulu syok layan IRC sebelum ada FB.

    BalasPadam