Best tak Hantu Mak Limah ?



Ok.. aku malas nak intro intro pasal 'Kampung Pisang' ni. Bagi yang dah ikut trilogi 'Kampung Pisang' , pastinya akan follow yang ni. Kalau tak pernah tonton, pasti terpinga pinga punyalah. Ke korang nak aku intro skit ? Hehehe.. Ok ok... 

Dah macam cerita Star Wars atau Lord Of The Ring lak eh, ada trilogi gitu. Hehehe.. Ok , bagi yang tak tau atau baru lahir ke dunia ni , sebelum wujud filem Hantu Kak Limah ni , ada 3 lagi filem yang patut ditonton. Best ke semuanya.  Yang pertama pada tahun 2007 , Zombi Kampung Pisang , kemudian pada tahun 2010 ,  Hantu Kak Limah Balik Rumah dan diikuti Husin Mon Jin Pakai Toncit pada tahun 2013.

Semalam aku dah tonton di Alamanda. Hehehe... Terus terang eh ? Pada awal cerita ni , memang sangat melucukan. Mekap dan kostum hantu Kak Limah , kalau budak budak tengok , memang boleh buat diorang mengingau malam. Maka bawah umur tak payah la kot nak bawak sama. Takut lemah senangat. 

Mengekek ngekek ketawa ? Yer... Penyebab utama ialah dialog si Ropie dan Awie. Allahyarham Rab Khalid juga berjaya dibawa dengan spontan dalam ni. Cuma Zul Arifin terasa agak kaku sedikit wataknya. Kalau ikutkan , boleh lebih melucukan tapi kurang menjadi. Nasib baik Ropie dan Awie berjaya hidupkan scene lucu mereka. 

Keseluruhan filem ni .. bagi aku memang best untuk hilangkan stess. Cuma sayang di awal awal saja kelucuan itu benar benar melucukan. Di penghujung, mula mendatar. Nasib baik ada 'konsert mini' yang melibatkan Mus May. Sabri Yunus , agak tidak menjadi. Dan satu lagi... dialog dialog sinis , kelihatan agak menonjol. 

Best , tetap best. Berbaloi la layan beramai ramai.. 

10 ulasan:

  1. Dengar citer kali ni mcm seram sikit..Tak berani nak bwk anak2 tgk...

    BalasPadam
  2. Nak tengok lagi, kali ni janji tak tido lagi... Hahahahahah

    BalasPadam
  3. teringin nak tgk mark kalender

    BalasPadam
  4. tak sabarnya nak tengok filem ni.... aritu dah tengok teaser dia kat youtube...

    BalasPadam
  5. Bilalah dapat pi tengok ni!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.