Biarlah daddy mengalah..

Wife komplen yang rambut Aariz dah panjang. Zahra pun dah tak terurus rambut dia. Qhaliff, baru je gunting. Ok la gak rambut dia. Diorang taknak aku gunting sebab aku garang masa gunting rambut. Huhu..

Nak tak nak.. kena gi salun rambut gak. Takpe la. Duit ada skit utk diorang bulan ni.  Pilihan utama ialah ke Salun A ni. Salun B, agak mahal. Boleh gunting 3 kali rambut aku. Huhuhu..

Sewaktu di Alamanda.. Gi ke Salun A.. Dia kata dah tutup. Tengok jam baru jam 8+  Awalnya tutup? Tapi tak tutup pun. Aduhhhh.  Aparaaaaa... Camni punya bisnes, boleh rugi owner. Haihhh..

Gi Salun B.. Tanya staff.. Dia mintak setengah jam. Tengah settle pelanggan dia. Tengok jam.. Kalau lg setengah jam bermakna dah jam 9 malam. Huhu.. Masih amik pelanggan gitu. Setuju je la. Dan sementara tunggu tu  aku gi tunaikan janji aku dgn anak anak.

Selesai tunai janji. Kembali ke salun B. Dia tanya rambut sapa nak gunting ? Tunjuk Aariz. Dia senyum. Dia suh letak atas kerusi. Aku cam.. Boleh ke ? Kang teriak mamat Beatles ni ?? Er.. Merujuk pd Aariz.

Dia kata takpe.. Aku tanya dia,, berapa pantas dia boleh gunting? Aku takut half jalan je digunting. Hahahaaa.. Dia kata tak pe.. Dia cuba..

Aku pasang video di handphone utk elak Aariz nangis. Dan dia ok. Cuma part mesin je dia taknak. Mungkin sebab kepala dia pun turut bergegar kot? Hahahaaa.. Tapi kalau gunting , dia diam  jer. Sesekali menjeling cermin.

Dan hasilnya ..



 Terkejut aku tengok. Sebijik Qhaliff masa di usia dia. Beza mata je la. Hahahahaaa.. Ok, turn Zahra lak. Dia nak gunting  Ingatkan tak nak sebab dia nak simpan panjang. Ala ala Princess gituu..

Dia duduk. Dicucinya rambut. Amboiii.. Teruja sungguh dia.







Selesai. Amik losyen pelembab rambut Zahra yg mana rambut dia agak kering. Hurm. Ok,, turn daddy bayar. Huwaaaaaaa.... Daddy gak yer.

Esoknya..turn daddy gunting lak..



 Jimat. Gel rambut pun beli kat Caring jer. Huhu.. Baru paham perasaan arwah ayah. Biar anak selesa..

4 ulasan:

  1. Daddy pun lega...hehehe....alhamdulillah...

    BalasPadam
  2. Hahaha pernah bawa anak ke salon anak pertama dan anak perempuan ke dua..betul2 kenangan manis ni..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.