Guna mask untuk kurangkan dengkur waktu tidur ?

by - Jumaat, Ogos 17, 2018

Tiga hari lepas , aku tidur kepenatan sangat sangat. Yelah , siang malam gi gym.. Maunya tak pengsan weh ! Hahaha.. Gara gara nak bakar kalori yang banyak sangat.. Kononnya ! Huhuh.. Kesannya , aku tidur mati ! 

Bila sedar.. tekak sakit dan badan mula panas. Kemudian demam. Aduh.... Teringatkan aku ada simpan medical mask , aku pun pakai laaa. Ada la gak perubahan pastu. Yang penting pernafasan aku agak lebih ok. Apakah sebab cuaca kering dan berdebu ? 


Aku cuba guna di gym. Eh , ok lak. Macam lagi selesa lak nak workout. Maklumlah , kat gym berdebu la skit. Hehehe.. Hidung aku sensitif sejak cecah 40 ni. Huhuh.. Kemudian aku test pakai waktu tidur.. hehehe.. Tak selesa ? Takda la pulak. Tidur dalam aircond , makin sedap lak nak bernafas. Huhuhu.. 

Aku tanya wife.. camana tidur aku bila guna medical mask ni ? Dia kata dengkur aku tak seteruk sebelum ni. Perlahan je la bunyi. Ada sekali tu dia kata tak bunyi. Aku syak dia berdengkur lagi kuat dari aku kot ? Tu pasal dia tak dengar aku punya. Hahaha.. Tapi yang pasti , bila aku bangun tidur , aku rasa segar berbanding sebelum ni dan tekak pun tidak lagi sakit. 


Paling penting ialah... hidung bersih dari kotoran ! Selama ni , kena kerap bersihkan woooo ! Tu la dia. Ni semua salah kita. Tak reti nak jaga alam sekitar. Nah... bila dah udara tercemar , kan sendiri dah susah. Tak pasal pasal kena cover muka yang hensem ! Huhhh.. 

You May Also Like

4 comments