Hapuskan tol ? Wajar atau tidak ?


Artikal yang aku baca di Malaysiakini yang bertajuk seperti di dalam gambar di atas menarik minat aku untuk meluahkan pendapat 10 sen aku sendiri. Pastinya menyeronokkan jika tiada lagi bayaran tol di lebuhraya , kan ? Jimat banyak termasuk mampu menurunkan harga barang.. Turun ke ? Tak mungkin. Tapi di pada harga rendah tu mungkin. Di Malaysia , nak naik tu mudah tapi turun tu susah. Bukan salah kerajaan tapi sikap tamak peniaga. Tak segalanya tak mustahil kan ?

Ok... Apa akan berlaku jika tiada tol ? Yer... pastinya ramai akan CUTI CUTI MALAYSIA dan DEKAT JER setiap minggu. Yang pergi kerja pun , best jer. Jimat duit tang pengangkutan. Ramai akan kembali menggunakan kenderaan persedirian berbanding pengangkutan awam... kan ? Melainkan jalan tersebut memang sesak giler laa ! 

Tapi apa yang menakutkan aku ialah siapa yang akan selenggarakan RNR dan juga Lebuhraya itu nanti ? Macam kita tau sekarang ni , lebuh raya yang bertol ni dijaga oleh syarikat tertentu , kan ? Maka kebersihan pastinya terurus. Jika tiada yang jaga , camana ? Aku takut jadi macam lebuhraya Spine satu ketika dulu... bila ramai pulang ke kampung halaman dan tersangkut dalam jammed



Tandas takda orang jaga atau tanda dah mula dikenakan bayaran. Kebersihan akan jadi masalah utama. Manakala di RNR , makanan juga akan agak mahal sebab kos pengelenggaraan ditanggung mereka.  Hurmm... 

Bagi aku la.. kalau nak hapuskan tol , buat tol di dalam kawasan bandar tu haaa.. Di Kuala Lumpur , Shah Alam , Putrajaya, Petaling Jaya , Subang.. Nahh.. Bayangkan nak pergi kerja saja dah hampir RM7-10 sehari ! Jika dihapuskan , Allahu Akhbar. Jimat beratus ringgit sebulan. 

Di lebuhraya utama yang menghubungkan negeri bolehlah diturunkan sehingga 50% gitu.. Tak payah la free. Sekurangnya tiada pemecatan pekerja berlaku... kan ? Sapa nak bantu pemandu yang mengalami masalah kenderaan di lebuh raya ? Kan ? Bila kita bayar tol , maka bantuan begini akan ada. Free kalu ? Kang pandai pandai kita la nak survive.. Adeh ! 

Yang penting , kualiti lebuhraya , RNR terjaga. Kita pun boleh memandu dalam keadaan selesa.


4 ulasan:

  1. Bagi pendapat saya tidak wajar dihapuskan. Memang terbaik untuk pengguna kenderaan, tapi kos penyelenggaraan dari mana jika tanpa duit dari tol...

    BalasPadam
  2. Tulah pasal jangan janji untuk raih undi.

    BalasPadam
  3. Bagi saya nak dihapuskan semua tol tu memang tak wajar, tapi kurangkan kadar bayaran tu adalah lebik elok. Pastu bila waktu perayaan bagi diskaun.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.