Kenangan 4 tahun lepas menjelma..



Bila muncul di Memories Facebook... sesunguhnya inilah kenangan aku yang paling manis. Bukan sebab pergi Paris tapi inilah pertama kali aku keluar dari Malaysia. Masih ingat lagi sewaktu aku dapat tawaran ni.. aku benar benar tak percaya ! Ada orang nak scam aku ke ??? Giler apa hantar email jam 4 pagi ??? Dan masa yang diberikan cuma 2 minggu je. Dengan takda passport lagi. Dengan raya lagi ! Fuhhhh... giler la ! Tapi perasaan dapat tawaran tu... MasyaAllah. Happy tak terkata. Berbaloi sungguh ketika tu rasa jadi blogger ! 

Gambar bawah... huhu... Teruja giler dapat jejakkan kaki di luar negara.. Nak kata jakun pon , kata laa... Hanya mereka yang memahami perasaan aku ni je tau camana betapa bestnya perasaan ni ! Huhuhuh..


Hurmm.... Masih segar dalam ingatan. Tapi sayangnya.. daripada  5 orang yang pergi , 2 telah pun meninggal dunia. Huhuhu.. Sayu je ketika melihat gambar ni..



Aku berharap dapat kembali ke sini bersama anak anak aku. Bila tunjuk gambar ni kat diorang , masing masing pukul aku !

" Nape tak bawak Qhaliff ?? Nak ikut jugakkkkk ... ". Jerit Qhaliff.

Hurmm... Kalau boleh... bawak dah nak oi !

3 ulasan:

  1. InsyaAllah ada rezeki...boleh pergi sekeluarga pulak...

    BalasPadam
  2. pehh bestnyaa...ain belum pernah lagi sampai ke paris...

    BalasPadam
  3. Rezeki yang sangat berbaloi ni!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.