Kes dera kanak kanak di Melaka , bikin panas betul !

by - Selasa, Ogos 14, 2018


Lalu depan timeline aku.. terus aku cam... What ???? Eceh.. Asal terkejut je dalam omputeh eh ? Hahaha.. Tapi serius aku cakap... memang sakit hati la aku tengok video ni. Geram sungguh la dekat pengasuh dia tu. Nak dipanggil guru , tak layak sama sekali ! Sesukahati jer buat anak orang gitu. Budak lagi kot ???

Tindakan telah diambil oleh pihak polis. Kejadian berlaku di Melaka. Bila aku baca komen komen kat situ... taska tu ada dua cawangan dan guru saling bertukar tempat. Ada yang kata anak dia pun bila balik rumah lebam lebam. Bila ditanya katanya bergaduh dengan kawan dia. Sakit hati gak la kawan tu bila dengar gitu. Yelah , kalau aku pun sakit hati kan ? Takkan budak bergaduh sampai lebam gitu. Cikgu buat apa kat situ ? Nganga ?

Bukan mudah nak kendalikan kanak kanak dalam bilangan yang ramai tapi jika ada ilmu dan pengalaman , tak susah pun dah. Mesti tau cara camana punya nak uruskan diorang. Ni gara gara emosi tak stabil la ni ! 

Harapkan hukuman diberikan dengan seberatnya agar menjadi pengalaman buat semua orang termasuk ibu bapa juga.. cam aku. Huhuh..

You May Also Like

4 comments

  1. Lebih rasa terkilan kenapa kawannya lagi 2 orang tu tak melarang...adakah sama sikapnya...

    BalasPadam
  2. Serius sedih, ini sebilangan je taska atau tadika ada cctv...yg lain banyak kot takde huhu

    BalasPadam
  3. Sempat gak share pasal ni kat FB semalam.
    Memang geram je tengok dua orang tu...
    Kalau baca satu komen tu dah lama cikgu Ana tu mendera time anak dia kena pun beberapa tahun sebelum tapi tulah pengurusan Taska masih back-up dia sepatutnya berhenti ajelah.

    BalasPadam
  4. Memang menyirap darah tengok video tu, kalau depan mata diaorang tu memang kena ganyang dah! Ingat anak² tu patung kot.

    BalasPadam