Mission Imposible : FallOut gempak giler aih !

Oh mann.... Walaupun aku terlambat tengok tapi ok je bagi aku. Terlalu banyak movie best keluar lak bulan ni. Hahahaha... Filem Pulang pon aku tak sempat nak tonton lagi sebab wife nak tengok sama. Tapi bila nak tengok pon entah la.. Sapa nak jaga anak anak lak kan ? Dia bukan leh tinggal diorang. Mesti dok cakap.. " Kesian diorang duk umah mak.. ". Adehhh.. 




Nah... aku tengok je la sendiri. Cerita cerita aksi begini kalau tengok kat tv , tak puas.. kan ? Ok... Sememangnya aku antara puluhan juga peminat Tom Cruise. Filem Mission Imposible , jarang menghampakan aku. Yer , pernah sekali je menghampakan. Yang no 2 kalau tak silap aku. Pastu ok dah. Buat pengetahuan dan ada 6 yer.. 

Dan yang terbaru , FallOut memang power la. Dari awal hingga abis , aksi tak berhenti. Bukan tu jer , twist plot dia pun gempak. Hahaha.. Memang tak leh dijangka walaupun dah jangka sapa penyangak sebenar tapi ianya berjaya ditwist dengan baik. 

Walaupun ada babak tak masuk akal tapi inilah bestnya Mission Imposible. Movie je kan ? Nak masuk akal ... layan je drama petang petang di TV3 , slot Akasia. Kan kan ? 

Akhir kata... sapa lom layan , gi la layan sebelum abis tayangannya. Pasni nak tengok The First Purge lak.. heheheee...


3 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.