Sukarnya kembalikan keyakinan kita !

by - Rabu, Ogos 29, 2018


Ke Cheras lagi. Kali ni sebab aku tertinggal dompet aku di rumah mak aku. Nak tak nak , kena gi gak la amik. Kalau tidak , camana nak memandu tanpa lesen dan nak bergerak tanpa Mykad , kan ? Heheee.. Yer , pagi ni terpaksa memandu tanpa lesen. Bukan takda tapi tertinggal. Maaf yer cik Polis. 

Wife tak masak pagi ni. Masing masing bangun lewat. Selepas 2 hari berturut bangun awal . hari ni memang kepenatan terserlah. Huhuh.. sian dia. Tak pe.. Aku beli je kat area rumah mak aku. Ada banyak gerai kecil jual makanan di pagi hari.  

Dan aku beli laksam  untuk anak anka aku serta bihun goreng aku. Mak aku nasi lemak. Hee.. Ok la tu. Tengahari balik dah rumah aku. Dan mak aku kata dia nak masak tengahari ni. Huhuh.. Bahaya tul kalau mak aku masak. Mau berpinggan aku makan. Heee..

Sewaktu pulang ke rumah mak aku , terperasan motor di dalam gambar di atas. Hurm.. Terus terimbas kenangan sewaktu aku kecil dahulu. Bila motor ni masuk ke blok aku setiap pagi, terus bunyi hon kedengaran. Arwah ayah pantas menyuruh aku gi beli surat khabar. Yer, surat khabar. Sememangnya surat khabar adalah makanan aku dan ayah di pagi hari. Bahagian berita dunia , sukan, komik, cerpen serta artikal yang menarik adalah tarikan utama. Bab lain seperti politik tak amik tau. Hal ehwal semasa , ok jer. 

Yer... arwah ayah , sewaktu belum pencen dulu.. sememangnya memaksa aku dan adik beradik aku membaca surat khabar setiap kali dia pulang dari kerja. Dia memang akan beli suratkhabar punyalah. Kena la baca. Lama lama tak payah suruh dah. Berebut kat tangan dia sewaktu dia sampai rumah. Bukan nak peluk ke... cium kee.. tapi nak amik surat khabar. Dan bukak bahagian intisari rancangan. hehehehe... Cerita apa petang ni dan malam. Huhuhu.. 

Tadi . bila aku tengok motor ni... aku sedih. Di atasnya cuma ada surat khabar berbahasa cina. Dulu, tinggi menggunung dia bawak suratkhabar untuk diedarkan serta dijual pada pelanggan tetapnya. Apa dah jadi ? Apakah generasi sekarang tidak lagi berminat untuk membaca suratkhabar atau suratkhabar sekarang sudah 'mengarut'  ? Nak baca berita pun dah was was akan kesahihan beritanya. Hurmmm..

Teringat akan anak anak aku.. Aku nak suruh diorang baca apa je sekarang ni  bagi mengisi masa lapang ? Novel ? Novel pun dah banyak yang tak ditapis. Penulis berkualiti dulu , semakin terpinggir. Citarasa berubah. 

Entah... nak kembalikan keyakinan untuk membaca surat khabar , bukanlah mudah. Walaupun dah bertukar kerajaan tapi Malaysia masih belum berubah. 

You May Also Like

2 comments

  1. Agak susah nak nampak generasi pelapis baca surat khabar..atau mungkin mereka membaca atau mengikuti berita semasa melalui online..

    BalasPadam
  2. Kan, anak² sekarang jarang tau isu semasa. Isu viral depa lebih tau!

    BalasPadam